ANALISA PILIHANRAYA KAWASAN FELDA : PENEROKA DAN GENERASI MUDA MENOLAK PEMBANGKANG

Ini telah di sahkan oleh PAS sendiri melalui kenyataan pemimpin mereka di dalam laman portal pembangkang. (lihat dibawah) Malah masyarakat Felda telah di gelar dengan bermacam-macam gelaran seperti ‘STOK PENIMBAL BN’, LEMAH IMAN, KEMARUK DENGAN HARTA BENDA, MENTALITI MUNDUR’ dan sebagainya oleh para penyokong pembangkang.

Sebelum ini, kita telah melihat usaha-usaha gigih telah dilakukan oleh PAS melalui ANAK dan juga PKR. Kedua-dua parti ini telah turun dengan agresif ke Tanah-Tanah Rancangan Felda di seluruh negara untuk mengedarkan dakyah jahat serta cerita memburukkan kerajaan serta Felda. Susulan dari tindakan mereka meracuni pemikiran peneroka, banyak yang terpedaya hingga akhirnya peneroka terbabit terlibat di dalam menyaman Felda tanpa berfikir panjang.

Peguam-peguam yang mewakili mereka ini pula telah menggunakan peneroka tanpa memberi penjelasan bahawa sekiranya peneroka kalah, segala urusan membawa kes mereka ke mahkamah tetap perlu di langsaikan oleh peneroka terbabit. Isu yang paling terkini di mainkan oleh ANAK semasa pilihanraya kecil DUN Kerdau ialah Felda Plantation yang di katakan pertubuhan haram dan juga pembayaran SES kepada peneroka.

Ini adalah antara beberapa isu yang telah dimainkan oleh pembangkang untuk meraih simpati peneroka serta generasi muda Felda untuk menyokong perjuangan mereka. Sebelum pilihanraya kecil, kita tidak nampak apakah kesan fitnah-fitnah yang telah di taburkan oleh pembangkang terhadap masyarakat Felda. Kini, jelas dapat kita lihat bahawa masyarakat Felda secara keseluruhannya menolak dakyah dan niat jahat pembangkang ini.

Kita kaji keputusan undi bagi kawasan Felda di DUN Kerdau dan DUN Tenang :

PRK DUN Kerdau ( Keseluruhan Undi Kawasan Felda : BN – 70.8% )

Felda Jengka 23 ( Dimenangi oleh BN – 69% )
Saluran 1 : BN – 236 (211), PAS – 95 (110)
Saluran 2 : BN – 390 (333), PAS – 133 (128)
Saluran 3 : BN – 297 (217), PAS – 177 (137)

Felda Jengka 22 ( Dimenangi oleh BN – 66.9% )
Saluran 1 : BN – 182 (208), PAS – 94 (103)
Saluran 2 : BN – 224 (313), PAS – 94 (117)
Saluran 3 : BN – 183, PAS – 94 (tiada saluran 3 pada PRU 12 2008)

Felda jengka 25 ( Dimenangi oleh BN – 87.4% )
Saluran 1 : BN – 307 (274), PAS – 43 (41)

PRK DUN Tenang ( Keseluruhan Undi Kawasan Felda : BN – 81.4% )

Felda Tenang ( Dimenangi oleh BN – 71.3% )
Saluran 1 : BN – 130 (118), PAS – 90 (98)
Saluran 2 : BN – 159 (146), PAS – 128 (169)
Saluran 3 : BN – 111 (147), PAS – 118 (154)

Felda Chempelak ( Dimenangi oleh BN – 87.7% )
Saluran 1 : BN – 279 (248), PAS – 21 (38)
Saluran 2 : BN – 373 (381), PAS – 61 (80)
Saluran 3 : BN – 333 (307), PAS – 53 (88)

Felda Chempelak Barat ( Dimenangi oleh BN – 85.5% )
Saluran 1 : BN – 292 (274), PAS – 33 (38)
Saluran 2 : BN – 392 (268), PAS – 57 (54)
Saluran 3 : BN – 254 (230), PAS – 52 (84)

Nota :
Tulisan Warna Biru – majoriti bertambah, Tulisan warna merah – majoriti menurun

Sekiranya kita lakukan analisa di atas kemenangan BN di kawasan Felda, kita akan melihat, perubahan positif berlaku di semua saluran dan peti undi. Kita juga dapat merungkaikan analisa seperti belikut :-

1) Walaupun terdapat penurunan undi di beberapa saluran BN, namun perkara yang sama juga berlaku terhadap undi PAS.
2) Kesemua peti undi telah di menangi oleh BN dengan pertambahan majoriti.
3) Perbezaan undi di Felda Jengka 2 berbeza di sebabkan oleh pertambahan saluran iaitu saluran 3.
4) Majoriti masyarakat Felda ( lebih dari 70%) mendukung apa yang telah dilakukan oleh kerajaan dan Felda di dalam membantu mereka.
5) Peningkatan undi dikalangan generasi muda Felda terhadap BN.
6) Masyarakat Felda menolak pembangkang terutamanya PAS.

Kemenangan kepada BN juga adalah di disebabkan beberapa faktor. Faktor-faktor tersebut ialah :-

1) Masyarakat Felda terutamanya peneroka dan generasi muda menolak dakyah pembangkang yang memburukkan kerajaan serta Felda.
2) Masyarakat Felda menolak kerjasama PAS, PKR dan DAP
3) Masyarakat Felda menolak Anwar Ibrahim kerana kebenaran ‘Siapakah Anwar’ telah semakin terbongkar
4) Masyarakat Felda menolak cara pendekatan pembangkang yang menggunakan fitnah untuk meraih undi. Contohnya :- sijil calon BN di Kerdau dan fitnah terhadap imam di Felda Tenang.
5) Segala usaha yang dilakukan oleh Felda dan Kerajaan diiktiraf oleh masyarakat Felda.
6) Kebencian yang timbul terhadap pembangkang apabila mereka dihina dan digelar macam-macam oleh pembangkang seperti ‘Stok Penimbal BN’ dan sebagainya.
7) Penyebaran maklumat yang tepat melalui media internet seperti blog telah dapat mematahkankan isu-isu yang ditimbulkan pembangkang.

Walaupun keputusan kali ini bertambah baik di kawasan Felda, kerajaan dan Felda tidak boleh memandang ringan dan bersikap lepas tangan terhadap kebajikan masyarakat Felda. Usaha-usaha perlu di pertingkatkan dan segala kelemahan terhadap pengurusan peneroka hendaklah di tangani segera.

Kerajaan dan pengurusan Felda perlu berterusan turun ke bawah (grassroot) dan memberi penjelasan serta penerangan kepada segala permasalahan yang timbul. Disamping itu, usaha untuk mendekatkan diri dengan generasi muda hendaklah ditingkatkan lagi. Insyaallah, masyarakat Felda akan berterusan menjadi kubu yang kuat kepada Barisan Nasional pada PRU ke 13 akan datang.

Akhir sekali, sekalung tahniah dan terima kasih di ucapkan kepada pihak keselamatan terutamanya POLIS di dalam menjaga ketenteraman awam. Tanpa mereka, sudah pasti perjalanan pilihanraya akan terganggu dengan provokasi yang melampau oleh penyokong-penyokong pembangkang. TERIMA KASIH.

Anak Jati Felda
warisanfelda.blogspot.com

Read more