Kilang proses minyak sawit tidak berlesen diserbu
Kilang proses minyak sawit tidak berlesen diserbu

JOHOR BAHRU: Sebuah kilang dipercayai memproses minyak sawit tidak berlesen di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor, kelmarin.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, berkata seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun turut ditahan dalam operasi jam 3 petang itu.
“Siasatan awal mendapati kilang itu tidak mempunyai lesen memproses minyak sawit terpakai dan keadaanna juga kotor.
“Dalam operasi bersepadu itu, kita merampas 11,200 liter minyak masak belum diproses dan 35 tan Palm Oil Mil Effluent (POME),” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, polis turut merampas enam ‘square tank’, dua tangki besi berkapasiti 40 tan, 36 tong besi berkapasiti 200 liter, dua lori, sebuah lori tangki, tujuh pam minyak enjin dan masing-masing satu set boiler, pam elektrik, pam kompresor dan mesin pemprosesan biodiesel,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
Kumar berkata, peralatan dan lori dirampas dianggar bernilai lebih RM1.64 juta dan tangkapan serta semua rampasan diserahkan kepada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
“Siasatan dijalankan oleh pihak MPOB di bawah Peraturan 5 yang juga satu kesalahan di bawah Peraturan 21, Peraturan-peraturan MPOB (Pelesenan) 2005,” katanya.
Sementara itu, Kumar berkata, satu lagi serbuan dilakukan di sebuah kilang menyimpan dan memproses barang berjadual e-waste (sisa elektronik) secara tidak sah dekat Kampung Baru Sengkang, Kulai, jam 8.15 pagi semalam.
Beliau berkata, polis menahan masing-masing seorang lelaki warga tempatan, China dan Bangladesh, serta sembilan lelaki Indonesia, dua lelaki Myanmar dan seorang wanita Indonesia yang semuanya berusia antara 20 hingga 49 tahun atas pelbagai kesalahan.
“Kilang memproses sisa elektronik ini sudah beroperasi antara tiga hingga empat bulan lalu tetapi status lesen masih dalam siasatan pihak berkuasa berkaitan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
- Apakah Masa Depan UMNO Sebagai Parti Politik Orang Melayu
Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
“Rampasan barangan bernilai lebih RM41.41 juta turut dilakukan membabitkan 348 guni plat timah, 612 guni bateri automotif dan automotif potong, 33 kotak dan pallet berisi bateri automotif, dua unit alat kawalan pencemaran habuk serta ketuhar pembakar.
“Turut dirampas sembilan guni sisa komponen elektronik, 13 tangki air bateri, 18 tan sisa buangan e-waste, 1,290 tan bateri, 696 tan timah, 13,000 liter air bateri dan peralatan memproses atau melebur e-waste,” katanya.
Katanya, semua barang rampasan diserah kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS).
“Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1969/63 kerana berada dan masuk ke Malaysia tanpa pas, Seksyen 34A, Seksyen 34B dan Seksyen 18(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta Seksyen 3(1) dan Seksyen 49(2) Undang-undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian MPKu 2019,” katanya.
Beliau berkata, dua serbuan menerusi Op Taring Landai itu dilakukan hasil maklumat Unit Risik Marin dengan kolaborasi bersama MPOB Wilayah Selatan, JAS Johor serta Majlis Perbandaran Kulai (MPKu).
Kilang proses minyak sawit tidak berlesen diserbu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET