3 jam musnah bom lama Perang Dunia Kedua

3 jam musnah bom lama Perang Dunia Kedua

3 jam musnah bom lama Perang Dunia Kedua
Bom lama ditemui sekumpulan pekerja binaan yang sedang melakukan kerja pembersihan di tapak pembinaan. – Foto ihsan pembaca

PAPAR: Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil masa lebih tiga jam untuk meletupkan bom peninggalan Perang Dunia Kedua di tapak pembinaan berdekatan Kilang Lok Kawi Plastic Industries, Kinarut, hari ini.

Usaha meletupkan bom lama sepanjang 120 sentimeter dengan berat 250 kilogram itu bermula jam 10.30 pagi tadi, namun percubaan berkenaan tidak berhasil.

Usaha diteruskan UPB Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar dan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah sebelum bom lama itu berjaya diletupkan kira-kira 2 petang tadi.

Letupan kuat disusuli gegaran dirasai di sekitar Kinarut.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


Antara agensi terbabit iaitu Jabatan Alam Sekitar Sabah, Jalan Penerbangan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dan Sabah Electricity.

Semalam, sekumpulan pekerja binaan yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di tapak pembinaan itu menemui sebutir bom lama, kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Susulan penemuan itu, sepasukan polis dari UPB IPD Papar dan IPK Kontinjen Sabah, bergegas ke lokasi dan menemui bom berkenaan dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua.

3 jam musnah bom lama Perang Dunia Kedua


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker