‘Baby Emon is on the way’ – Syasya
‘Baby Emon is on the way’ – Syasya
Bekas anggota Dolla, Syasya Rizal, 23, dan suami, Nasrullah Mohd Sapie, 23, dipercayai bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.
Syasya yang sebelum ini mengambil pendekatan mengunci mulut daripada berkongsi mengenai kehamilan akhirnya memuat naik entri berhubung bakal menimang anak dalam Instagram (IG).
Melalui entri berkenaan, Syasya memuat naik beberapa helaian akhbar yang tertera ‘Baby Emon is on the way’ (Baby Emon bakal dilahirkan).
Dalam foto dikongsi, Syasya turut dilihat memegang ‘baby bump’ yang sebelum ini kerap menjadi bualan ramai.
Syasya atau nama sebenar, Norsyasya Afiqah Shahrizal bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci mengenai usia kandungannya.
Sementara itu, dalam ruangan komen hantaran berkenaan dipenuhi dengan ucapan tahniah dan doa kepada Syasya
Terdahulu, tular video yang menampakkan ‘baby bump’ penyanyi itu yang semakin membesar ketika berjalan dalam air sambil dipimpin suaminya, awal bulan lalu.
Sebelum ini, pada Jun lalu Syasya pernah menafikan khabar angin sudah berbadan dua, sebaliknya ‘baby bump’ yang didakwa ramai itu hanyalah perut buncit dan pertambahan berat badan.
Syasya melangsungkan pernikahan dengan Nasrullah dalam majlis tertutup yang berlangsung pada 21 April lalu. BH
‘Baby Emon is on the way’ – Syasya
Baca Artikel Menarik:
- Tak serik menyundal, wanita didenda kali kedua oleh mahkamah
- 4 amaran awal lubang benam, tanah runtuh di jalan raya
- Sudah 2 kali kamu merompak – Hakim
- PN tubuh Syarikat SG4 Group agih hasil nadir bumi negeri
- Tanah perkuburan Islam bertingkat
- Tayang hidung baharu demi tugas – Zarina Anjoulie
- Satu lagi penerbangan Malaysia Airlines terpaksa berpatah balik
- Lori rempuh kedai arak, 10 maut
- Pemilik motosikal dakwa ‘diganggu’ polis diminta buat laporan
- Pemerdagangan manusia babit ahli politik: 3 penulis artikel akan dipanggil polis
- Syamsul, Ira Kazar ‘bersaing’ dalam media sosial
- Isu masalah teknikal MAS, apa dosa saya – Wee
- Perkahwinan Fazura sedang bergelora?
- Dakwaan tipu Agong, sila siasat, kata Zahid
- Pesta ‘swinger’ lubuk penyakit bawaan seks
Layari Laman Facebook MYKMU.NET