Nasihat Senario pada Sepah
Nasihat Senario pada Sepah
Sebagai ‘orang lama’ dan menempa banyak kejayaan bersama Senario, pelawak Azlee Jaafar terpanggil menasihati teman seperjuangan yang pernah mencipta populariti dalam kumpulan Sepah, agar membuang segala yang keruh dalam hubungan mereka yang kini dikatakan bermasalah.
Azlee atau nama penuh, Muhammad Azlee Jaafar, 57, berharap kemelut dalam hubungan anggota Sepah tidak berpanjangan hingga mengorbankan persahabatan dibina.
“Kumpulan Senario dari 1996 hingga sekarang, hubungan kami amat baik. Biasalah, kalau ada salah faham, kita selesaikan dengan baik.
“Itulah uniknya Senario hingga masih lagi bersama. Ukhwah kami amat baik.
“Baru-baru ini, apabila saya lihat hantaran (dalam media sosial) dibuat sahabat kita, Jep, Shuib, dan Mamat. Mereka semuanya sahabat saya.
“Kami berasal dari satu negeri. Jadi, pada saya, rapatkanlah ukhwah itu semula dan mudah-mudahan dengan merapatkan silaturahim, membuatkan mereka semua terus disayangi peminat.
“Kita naik (terkenal) secara berkumpulan. Jadi, kalau boleh, kita jangan lupa macam mana kita naik bersama-sama.
“Namun, bagi saya, semuanya ada senjata dan kekuatan masing-masing. Saya hanya mampu mendoakan agar mereka kembali merapatkan hubungan,” katanya pada sidang media Senariounion di sini, baru-baru ini.
Azlee mengulas mengenai hubungan ahli kumpulan Sepah yang didakwa tidak lagi sehaluan.
Baru-baru ini, perkongsian Shuib dan Mamat dalam siaran podcast atau audio siar yang antara lain menceritakan detik awal perjalanan kumpulan Sepah, menarik perhatian ramai.
Kemudian Jep dilapor memuat naik hantaran menegur pengendali podcast terbabit agar tidak ‘menunggang’ namanya dan mendakwa wujud apa dikatakan unsur tokok tambah dalam sesi podcast berkenaan.
Walaupun tidak dinyatakan nama podcast, warganet mengaitkan hantaran itu ditujukan kepada Shuib hingga menimbulkan perdebatan dalam kalangan peminat.
Azlee berpendapat pertelingkahan dalam sesebuah kumpulan akan menjadi semakin sukar diselesaikan jika dibawa ke media sosial.
“Bagi saya, dalam situasi ini, jangan ada yang mengapi-apikan mereka. Sekarang sudah tidak takut kepada wartawan. Sebaliknya, orang takut dengan netizen.
“Netizen ada kuasa yang dahsyat. Bagi saya, netizen janganlah melaga-lagakan. Kita cuba cakap benda yang baik-baik. Kita kena ingat, setiap perbuatan kita akan dicatat malaikat yang menulis kebaikan dan keburukan kita.
“Takut nanti, apabila salah cakap atau tulis, susah jika mahu berjumpa kembali di sana (Akhirat). Doalah baik-baik… Mudah-mudahan mereka (Sepah) akan terus berdamai dan berbaik,” katanya.
Mengenai topik dibicarakan dalam sesi podcast itu, Azlee mengaku tidak tahu situasi terperinci melanda Sepah. Namun, baginya, adalah lebih baik jika tidak mengeluarkan perkongsian yang mampu menyinggung hati orang lain.
“Sebenarnya, podcast kita kena tengok tajuknya. Seperti podcast berkenaan, mereka imbau kenangan zaman dahulu.
“Jadi, mereka yang tahu. Kita tidak tahu. Mungkin mereka bertiga yang rapat lebih tahu susah dan senang mereka, seperti sejarah mereka dulu.
“Jadi, bagi saya, kalau perkara itu tidak menyinggung mana-mana pihak, saya fikir eloklah podcast itu. Tetap, jangan kita buat cerita yang boleh merosakkan hati orang lain.
“Namun, saya tidak berada di tempat mereka. Jadi, saya tidak boleh cakap pasal soal itu. Saya doakan perkara yang dikongsikan dalam podcast itu adalah suatu kenangan indah ketika mereka berkawan,” katanya.
Tambah Azlee, kumpulan Senario yang ditubuhkan daripada program pencarian bakat Sinaran Passport Kegemilangan itu tidak pernah bergaduh besar. Jika timbul salah faham, mereka lebih suka mencari titik tengah yang disenangi semua anggota.
“Kita mahu peminat yang menonton persembahan kita, gembira dan puas hati dengan nilai tiket yang mereka beli.
“Boleh dilihat, kami di Senario sudah macam adik beradik. Kami tidak mahu ada perkara yang boleh mencacatkan persembahan kami di pentas. Syukur, setakat ini tiada lagi pergaduhan besar,” katanya. BH
Nasihat Senario pada Sepah
Baca Artikel Menarik:
- Tengku Hassanal gesa polis ambil tindakan terhadap Muhyiddin
- Tolong respek suami saya raja saya – Tunku Azizah
- Perasmian SUKMA Sarawak 2024 lagi ‘power’ dari Olimpik Paris 2024
- Bekas MP didakwa buat gangguan seksual disiasat polis
- Mohd Fadzly didakwa bunuh Cikgu Istiqomah
- Ingat aku gangster ke? – Uqasha
- Ruhainies minta pelihara hatinya
- Aura Tengku Hassanal, Sarawak dan Pahang ibarat sepupu
- Pukul pemandu OKU: Anggota dikenakan tindakan tatatertib kerana kesalahan lain – KPN
- Muhyiddin keterlaluan
- Myvi terbabas rempuh pokok pisang, pemandu maut
- Suspek bunuh Nuraina Humaira direman 7 hari
- Senjata makan diri
- Bukit Aman akan panggil Muhyiddin Selasa ini
- Netizen Indonesia buat hal, ‘claim’ persembahan LIMA’23 sebagai persembahan hari kebangsaan Indonesia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelarasan gaji penjawat awam: Ini perkara penting yang anda perlu tahu
Peniaga tempatan bengang Penguatkuasa MPAJ tutup mata dengan peniaga ‘import’ tanpa lesen (Video)
Penunggang motosikal terlampau, lempar ‘hammer’ tengah jalan (Video)