Shuk jawab dakwaan Fara Salleh
'Seumur hidup aku tak pernah burukkan orang' - Shuk
Shuk jawab dakwaan Fara Salleh
Tidak berdiam diri, pelawak dan pengacara, Shuk Sahar, 38, tampil menepis dakwaan terhadapnya yang dikatakan suka bercerita buruk mengenai orang lain.
Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram Story (IG’s), Shuk atau nama sebenarnya, Mohammad Shukri Mohammed Sahar meminta sesiapa sahaja menilainya terlebih dahulu dengan akal fikiran.
“Seumur hidup aku tak pernah bercerita buruk tentang orang, harap orang boleh guna akal dan fikiran untuk menilai,” tulisnya ringkas.
Terdahulu, media melaporkan isterinya, Fara Salleh mengakui meminta cerai daripada Shuk kerana sudah penat melayan kerenah suaminya itu.
Fara berkata, dia sudah hilang sabar dengan perangai Shuk yang didakwanya sering bercerita keburukannya kepada kenalan rapat sehingga menjejaskan nama baik.
“Saya mengakui ada membuat perkongsian meminta cerai daripada Shuk kerana sudah terlalu penat.
“Semuanya sebab kawan-kawan, persahabatan mereka terlalu kuat sampai suka cerita buruk pasangan masing-masing dalam ‘group’.
“Nama saya buruk bukan sebab mulut orang jauh, tetapi orang paling dekat,” katanya yang membuat luahan itu di Thread dan mendapat perhatian ramai di media sosial.
Fara juga memaklumkan mereka tidak menemui jalan penyelesaian berikutan Shuk tidak pernah berubah walaupun sudah banyak kali berbincang.
Shuk dan Fara yang pernah hangat dalam media sosial kerana isu ‘orang ketiga’ melangsungkan pernikahan pada November tahun lalu dalam majlis sederhana yang dihadiri keluarga kedua-dua pihak.
Ia juga adalah perkahwinan kedua Shuk yang sebelumnya pernah berkahwin dengan pempengaruh, Rossa Serra pada 2015, namun bercerai pada 22 Mac tahun lalu.
Hasil perkahwinan Shuk dan Rossa Serra, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qurratu Ain, 8 dan Nur Assyifatu Aimi, 5, yang kini menetap bersama bekas keluarga mentua Shuk di Sabah. BH
Shuk jawab dakwaan Fara Salleh
Baca Artikel Menarik:
- Mayat tanpa kepala, kaki, tangan dipotong disahkan milik Cikgu Istiqomah
- Kabinet bakal dirombak
- Pemilik kelab bola sepak dalam pemantauan polis
- ASP Razlan mahu subjek tatarakyat kembali diajar di sekolah
- Pelajar madrasah liwat junior mengaku salah
- Lelaki minum racun rumpai selepas tikam isteri meninggal dunia
- PAS ‘jadi abang besar’, ahli Bersatu sepakat protes
- Chef maut motosikal langgar Triton di lorong kecemasan
- Berita baik untuk penjawat awam Jumaat ini – Shamsul Azri
- Kemalangan Keirin: Jangan ‘serang’ pelumba Jepun
- Duta Palestin puji ucapan Steven Sim, tegur pemimpin MCA
- Syasya bunting pelamin?
- Olimpik 2024 paling jahanam
- ‘Sindrom patah jantung’ pembunuh senyap
- Puad sindir baju ‘kayangan’ Annuar Musa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
KLFW jadi tempat orang popular tayang paha, perut