Azlee Senario perlu RM2,500 sebulan beli ubat
Azlee Senario perlu RM2,500 sebulan beli ubat
Pelakon dan pelawak, Azlee Jaafar, 56, mendakwa perlu mengambil lebih daripada 10 jenis ubat membabitkan kos bulanan RM2,500 selepas mengalami serangan jantung, awal Jun lalu.
Berkongsi perkembangan kesihatan, Azlee yang juga anggota kumpulan Senario memberitahu, dia perlu menghadiri pemeriksaan di hospital sebulan sekali untuk memastikan kesihatan jantung dalam keadaan baik.
“Alhamdulillah, saya masih lagi dalam pemantauan doktor. Namun, berkat doa keluarga, rakan-rakan dan rakyat Malaysia, saya sudah beransur pulih.
“Namun, saya kena buat rawatan susulan di mana 20 Ogos ini, saya ada pemeriksaan jantung di hospital. Saya juga kena ambil ubat setiap hari.
“Tanpa ubat, tidak boleh. Rasanya hidup ini sudah seperti bergantung kepada ubat. Bukan murah ubat-ubatan yang saya kena ambil dalam tempoh sebulan.
“Jadi, mahu atau tidak, memang kena sihat. Saya juga kena jaga pemakanan,” katanya ditemui di sidang media Senariounion di Putrajaya, kelmarin.
Pada 5 Jun lalu, Azlee dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB) selepas tidak sedarkan diri di kediamannya di Sungai Buloh akibat serangan jantung. Azlee kemudian dihantar ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan lanjut.
Bakal menjayakan Showcase Senariounion di Panggung Bangsawan atau Cathay Lama, Melaka pada 31 Ogos ini bersama anggota Senario yang lain, Azlee tidak rasa risau berikutan mendapat sokongan teman-teman.
“Saya okay, tiada masalah. Senario ini ramai (ahli) dan apabila ramai, bukan kita seorang yang bercakap, ramai yang bercakap. Jadi, pada saya, insya-Allah saya boleh lakukan yang terbaik,” katanya.
Azlee bersyukur sejak awal penubuhan Senario, mereka terus menjalin hubungan persahabatan erat.
Dengan itu, diharapkan perancangan untuk mementaskan konsert berkonsepkan komedi muzikal akhir bulan ini, berjaya.
“Dari 1996 hingga sekarang hubungan kami amat baik. Biasalah, kadang-kadang kita ada salah faham kecil. Tetapi, kami boleh selesaikan dengan baik.
“Itulah uniknya Senario di mana hingga sekarang kami masih bersama dan ukhuwah amat baik.
“Semoga persembahan kami sukses di Melaka. Ini bukanlah hanya ‘reunion’, malah, kami sudah seperti adik-beradik.
“Hubungan kami amat baik dan semoga persembahan ini boleh dikenang apabila kami sudah tiada nanti,” katanya.
Showcase Senariounion menggabungkan ahli Senario yang lama dan baharu iaitu Wahid, Lan Pet Pet, Yassin, Azlee, Illya dan Saiful Apek.
Acara itu bertujuan menggamit memori peminat pada era kegemilangan mereka dangan lawak, usik-mengusik dan lagu yang mudah didengari serta menghiburkan. BH
Azlee Senario perlu RM2,500 sebulan beli ubat
Baca Artikel Menarik:
- Mayat tanpa kepala, kaki, tangan dipotong disahkan milik Cikgu Istiqomah
- Kabinet bakal dirombak
- Pemilik kelab bola sepak dalam pemantauan polis
- ASP Razlan mahu subjek tatarakyat kembali diajar di sekolah
- Pelajar madrasah liwat junior mengaku salah
- Lelaki minum racun rumpai selepas tikam isteri meninggal dunia
- PAS ‘jadi abang besar’, ahli Bersatu sepakat protes
- Chef maut motosikal langgar Triton di lorong kecemasan
- Berita baik untuk penjawat awam Jumaat ini – Shamsul Azri
- Kemalangan Keirin: Jangan ‘serang’ pelumba Jepun
- Duta Palestin puji ucapan Steven Sim, tegur pemimpin MCA
- Syasya bunting pelamin?
- Olimpik 2024 paling jahanam
- ‘Sindrom patah jantung’ pembunuh senyap
- Puad sindir baju ‘kayangan’ Annuar Musa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET