Lana mengaku buat pembedahan kosmetik, puas berhabis RM166,000
Lana mengaku buat pembedahan kosmetik, puas berhabis RM166,000
Bagi mereka yang mengenali pelakon kecik molek ini, Lana Nordin merupakan antara selebriti tanah air yang sering terpalit dengan kontroversi dan lantang ketika berbicara.
Namun dalam kelantangan Lana, realitinya, sukar untuk bertemu dengan artis tempatan yang berani dan jujur mengaku jika gosip yang bertebaran ada kebenarannya.
Sebagai contoh ketika dia dilanda dengan gosip membuat perubahan wajah terutama pada bahagian hidung sebelum ini, Lana lebih memilih untuk menceritakan hal yang sebenar.
Tidak mengelak, Lana mengakui dia sememangnya menjalani pembedahan kosmetik dan tindakan itu juga telah dilakukannya beberapa kali.
Bagaimanapun, ketika bercakap kepada Utusan Malaysia, pelakon ini berkata, ia tidak dilakukan atas faktor suka-suka. Kata Lana, semuanya dilakukan kerana alasan masalah kesihatan.
“Saya akui sudah banyak kali buat pembedahan. Rasanya, semua sudah tahu, mula-mula saya menjalani pembedahan kosmetik beberapa tahun lalu kerana nak betulkan semula hidung yang senget akibat kemalangan motosikal di bangku sekolah.
“Kalau dikira, sudah lima kali saya lalui proses ini. Apa yang boleh saya kongsikan, dulu, teknologi tidak sama macam sekarang. Tempoh hari, saya ke Seoul, Korea Selatan untuk buat pembedahan hidung tetapi dengan menggunakan tulang rusuk pula.
“Berhabis sebanyak RM166,000, saya berpuas hati dengan hasil pembedahan. Tak rasa sakit langsung! Mungkin sebab teknologi pun sudah berevolusi. Saya harap itulah kali terakhir perlu jalani pembedahan,”katanya.
Jelas Lana, dia tidak menghentam mana-mana artis lain yang melakukan pembedahan kosmetik kerana baginya, setiap orang ada alasan sendiri mengapa tindakan itu dilakukan.
“Bagi saya, orang bukan tak tahu adanya perubahan wajah atau bentuk badan kita, nama pun selebriti dan sentiasa jadi perhatian orang. Bagaimanapun, secara peribadi, saya fikir tak salah pun jika seseorang itu nak tampil cantik.
“Kalau tidak, tak adalah semua orang pakai produk atau merawat kulit wajah atau pakai kosmetik. Satu yang saya tahu, jika buat pembedahan wajah atas faktor kesihatan itu dibolehkan.
“Ada artis yang rasa ‘insecure’ kalau kelihatan tak cantik, ada yang buat untuk suami, jadi perkara ini adalah subjektif untuk kepuasan diri. Tetapi macam saya, memang buat kerana faktor kesihatan,”katanya.
Ditanya sama ada dirinya tidak kisah dengan tohmahan orang dan netizen setiap kali berkongsi mengenai perkara ini di media sosial, Lana tegas memberi jawapan sendiri.
“Orang akan tetap mengata dan mengutuk. Saya okey sahaja, tak kisahlah kalau ada kontroversi atau tidak,”katanya ringkas. Utusan
Lana mengaku buat pembedahan kosmetik, puas berhabis RM166,000
Baca Artikel Menarik:
- Ruhil Amani sudah bercerai
- Akmal dibidas ahli MCA ugut pengilang beras
- Gadis cilik dari Perak pecah Rekod Dunia Guinness dengan kebolehan luar biasa
- Khairul Aming tiada aset kecuali kereta Bezza
- Rashid merajuk balik Sarawak?
- Siap untuk kena saman
- Khairy setuju pencen penjawat awam, MP dimansuhkan
- PAS disaran tinggalkan PN dan perkasakan kerajaan Perpaduan
- Ustaz Derry dakwa Mondy hanya mahu duit
- Howard mohon maaf selepas polis ambil keterangan
- Netizen cabar Abang Tesla tambah dua lagi selepas bertemu Baby Shima dan Mondy
- Perbicaraan Ebit Lew jadi sesi bertikam lidah
- Majlis perkahwinan terbakar, 100 disahkan maut 150 tetamu cedera
- Dokumen dirampas, Radzi menghadap SPRM minggu depan
- Soalan tiada akidah! Cikgu Fadli Salleh bidas pengubal silibus Matematik Tahun 3
Layari Laman Facebook MYKMU.NET