Khai Bahar sedih emak mudah lupa
Khai Bahar sedih emak mudah lupa
Setiap kali berkongsi perkembangan terbaharu ibu, Rosnah Mohd, 62, yang menghidap penyakit buah pinggang tahap empat, Khai Bahar tidak dapat menyembunyikan rasa sedih.
Khai atau nama sebenar, Muhammad Khairul Baharuddin, 29, sedih ibunya mengalami simptom lupa selepas menjalani rawatan dialisis.
“Sesiapa yang ada sakit buah pinggang mudah lupa. Doktor sudah berpesan perkara yang sama, jadi, kita kena terima. Memang sedih tengok emak lupa. Selama ini, setiap kali balik kampung, emak paling sibuk memasak dan kemas rumah.
“Saya mengaku pada mulanya sukar terima kenyataan. Saya rindu emak yang dahulu. Tetapi, sekarang, saya sudah mula terima (kenyataan). Kita hanya mahu beri aura positif kepada emak sebab tak mahu lagi dia bersedih.
“Jadi, kami hanya mahu emak gembira walaupun dia tak ingat kita. Walaupun emak selalu tanya, mana Khairul tak balik lagi, padahal saya ada di sebelah emak,” katanya ditemui pada majlis pelancaran single baharu duet bersama Adira Suhaimi berjudul Pejam di sebuah hotel di sini, hari ini.
Khai berkata, ibunya sering sesak nafas dan lemah. Sehubungan itu, insan tersayang itu lebih selesa dirawat di hospital di Perlis bagi memudahkan adik-beradiknya yang lain menjaganya.
“Ada ketika, pada tengah malam, emak sesak nafas dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Selain buah pinggang, emak mengalami masalah jantung, paru-paru dan hati.
“Sebelum ini, emak pernah dapat rawatan di Kuala Lumpur. Apabila mula jalani dialisis, lebih senang dilakukan di Perlis kerana adik-beradik boleh menjaganya,” katanya.
Khai mengaku banyak menolak banyak tawaran berlakon drama dan filem sejak tahun lalu berikutan kesihatan ibunya yang kurang baik.
Khai tidak mahu menyusahkan produksi jika berlaku kecemasan membabitkan ibunya di Perlis.
“Sekarang, kalau dengar ibu tidak sihat atau ketika cuti, saya terus pulang ke Perlis,” katanya yang kali terakhir berlakon dalam drama Shakira pada 2021.
Mengulas lanjut mengenai lagu Pejam ciptaan Audi Mok dan Shazee itu, Khai berkata, dendangan itu dirakam sekali sahaja, lantas membuktikan kerjasama dengan Adira, sangat mudah.
“Selama ini, saya selalu nyanyi lagu Ombak Rindu dan pernah pasang niat berduet dengan Adira. Semoga lagu ini mendapat sambutan baik dan mungkin kami boleh mara ke Anugerah Juara Lagu (AJL),” katanya. BH
Khai Bahar sedih emak mudah lupa
Baca Artikel Menarik:
- Ibarat beri kereta kepada monyet – TMJ
- Lelaki onani atas motosikal ditahan polis
- Muhyiddin semakin hilang peranan tertinggi dalam PN
- Saya bukan penyondol – Linda AF
- Turun dan lihat sendiri, bukan duduk kat rumah sambil makan beras import – Dr Akmal
- Erma beri amaran kepada Nabila Huda
- Radzi kena bertaubat lakukan qazaf – Khairuddin
- Ada suami minta cerai sebab isteri masak kurang garam
- Minyak masak berbotol jatuh dari langit, rezeki bergolek buat pengguna jalan raya [VIDEO]
- Menteri agama bidas Radzi Jidin buat tuduhan liwat atas PM
- Waris mangsa kemalangan maut saman Google Maps
- Bukan Sofyank – Mia Sara
- Pencen ahli politik perlu dimansuhkan dan ganti caruman KWSP
- Terkejut tengok bil, wanita Jepun panggil polis
- Isteri meninggal selepas sehari suami maut kemalangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET