Shaarnaz adalah takdir Tuhan – Amelia Christie
Shaarnaz adalah takdir Tuhan – Amelia Christie
Pelakon Amelia Christie menyifatkan aktor yang rapat dengannya, Sharnaaz Ahmad sebagai seorang lelaki tegas pertama kali mereka berkenalan.
Perkara tersebut dikongsikan ketika menjawab soalan pengikut pada sesi siaran langsung dalam TikTok yang menyaksikannya mempromosikan satu produk minuman.
Pelakon 7 Hari Mencintaiku 2 itu dengan nada malu-malu turut mendedahkan dia dan Sharnaaz berkenalan secara kebetulan tatkala ditanya mengenai detik pertemuan pertama mereka.
“Kami ‘terkenal’ (secara tidak sengaja). Tuhan takdirkan kami berjumpa, jadi kami berjumpalah masa itu.
“Kami jumpa ketika penggambaran. Itu sahaja tak ada apa-apa pun,” ungkapnya lagi yang tampak segan untuk bercerita lebih lanjut.
Menurut bintang jelita berusia 23 tahun itu, mereka juga masih dalam fasa berkawan dan sedang mengenali keperibadian masing-masing dengan lebih mendalam.
“Kami kenal sebagai kawan dan kenal hati budi masing-masing. Sekarang pun masih mengenal hati budi, dia orangnya macam mana, saya orangnya macam mana.
Sebelum ini, kemunculan Sharnaaz bersama Emelia pada malam gala Polis Evo 3 memancing perhatian ramai apabila mereka tiba di majlis itu beriringan sambil aktres tersebut merangkul lengannya.
Aktor yang turut membintangi filem berkenaan mengakui mereka rapat, namun belum sampai ke peringkat serius ataupun bercinta.
Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan kakak kepada usahawan selebriti Neelofa, Noor Nabila pada Mac 2017 namun bercerai pada Julai 2020.
Hasil perkahwinan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad, yang kini berusia lima tahun. K Online
Shaarnaz adalah takdir Tuhan – Amelia Christie
Baca Artikel Menarik:
- Untuk Azmin, kita hantar pemimpin wanita sahaja lawan dia – Anwar
- Penyokong tegar Pas beri sokongan kepada Cikgu Mi di Dun Melor
- Drama isu keselamatan terbaru dari PAS
- Kejutan kempen akhir BN akibatkan PN berputih mata
- PN menang PRN, kerajaan pusat turut bertukar – Hadi
- Faiz Na’aman keluar parti, kecewa dengan Bersatu
- Peja dituduh ‘jual kerusi’ Bersatu
- Jasmine Suraya redha dikecam gayakan gaun seksi pereka antarabangsa
- Suami tetak isteri, kekasih gelap guna kapak
- Aziz M. OSman Puteri Lily sah bercerai selepas 13 tahun
- Ini sebab mengapa ceramah PH tampil adik Sanusi batal saat akhir
- Ibu tunggal, warga emas, pasangan baru berkahwin dan pelajar dapat bantuan tunai – Aspirasi Perpaduan PH-BN
- Penyandang DUN Machang Bubuk ‘tumbang’ ketika berkhidmat
- Amirudin kena ‘sembur’ selepas ceramah perpaduan di Sungai Tua
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai