Janna, Dini sah bernikah pagi tadi

Janna, Dini sah bernikah pagi tadi

Pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Schatzmann selamat melangsungkan pernikahan di sebuah lokasi tertutup di Langkawi, pagi ini.

Dengan sekali lafaz, Dini atau nama sebenarnya, Muhamad Dini Azan Schatzmann, 29, sah bergelar suami kepada Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 28, tepat jam 8.35 pagi tadi.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Janna, Muner Abdullah bersaksikan Pengerusi Masjid Aisyah, Othman Yahya serta sepupu pengantin perempuan, Amir Fikri dan Amar Fikri.

Pada majlis serba indah yang berlangsung di Masjid Aisyah, Dini turut menyerahkan mas kahwin RM2,703 kepada Janna dan seutas rantai emas.

Ia adalah simbolik tarikh perkenalan mereka pada 27 Mac 2019. Majlis yang mendapat sentuhan rekaan The Calla itu dihadiri oleh ahli keluarga, rakan selebriti dan sahabat karib pasangan dua sejoli tersebut.

Rakan-rakan artis yang hadir antaranya Izzue Islam, Nora Danish, Ain Edruce,

Puteri Sarah Liyana, Nadia Brian, Mawar Rashid, Dayah Bakar dan ramai lagi.

Mereka seterusnya diraikan dalam majlis resepsi berlangsung di sebuah resort terkemuka dekat Langkawi.

Terdahulu, malam tadi berlangsung majlis doa selamat dan bacaan yassin yang turut dihadiri penceramah, Ustaz Wadi Annuar dan rakan-rakan artis serta ahli keluarga kedua-dua belah mempelai.

“Alhamdulillah, rasa terpaling bahagia, maksimum. Rasa lega jua, majlis pernikahan ini sudah selesai dan berjalan lancar.

“Maka bermulalah perjalanan baharu kami sebagai suami isteri. Kami memang merancang perkahwinan yang bersifat peribadi dan privasi.

“Lebih bermakna untuk keluarga kami.

“This is a once in a lifetime moment in our life (Ini adalah momen sekali seumur hidup kita) Kami mahu jadikan majlis ini sesuatu yang indah sebagai memori kami berdua,” kata Dini penuh kesyukuran dan penuh teruja untuk memulakan fasa perjalanan kehidupan baharu sebagai seorang suami.

Janna pula berkongsi perasaan gementar dan risau untuk melangkah ke alam perkahwinan.

“Ini adalah satu fasa dan langkah terbesar sepanjang 28 tahun usia saya. Mengubah status daripada single ke isteri dan insya-Allah, seorang ibu.

“Saya juga mahukan satu majlis yang lebih dekat dengan saya sebagai Nurul Jannah. Meraikan fasa baharu saya bersama keluarga tercinta dan rakan-rakan,” katanya.

Pasangan terbabit memilih lokasi berbulan madu di Koh Lipe, Thailand selepas ini.

“Kami tidak sempat untuk merancang berbulan madu di destinasi lebih jauh kerana penggambaran drama sudah bermula.

“Tetapi kesempatan bercuti ini kami tetap bercuti bersama di Koh Lipe. Ini adalah destinasi bulan madu pertama kami,” katanya.

Menyentuh berkenaan kerjaya seni dan perancangan zuriat, Janna berkata, mereka bakal meneruskan kerja-kerja seni dan bersedia sekiranya dikurniakan rezeki cahaya mata.

“Kita serahkan kepada Allah. Jika rezekinya awal, aalhamdulillah. Kami terbuka dan bersedia.

“Sekiranya ada rezeki, mungkin saya akan mula memperlahankan kerjaya seni dan fokus kepada perancangan keluarga,” katanya. HM

Janna, Dini sah bernikah pagi tadi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS

Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel

Remaja diseksa dan dipaksa berbogel

Komplot jahat doktor pakar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker