Alyah demam ‘diusik’ suara misteri
Alyah demam ‘diusik’ suara misteri
Penyanyi Datin Alyah mendedahkan pernah berdepan dengan pengalaman mistik apabila diganggu dengan suara aneh sehingga demam ketika mendendangkan lagu keroncong beberapa tahun lalu.
Menurut Alyah atau nama lengkapnya Noor Hasliah Abu Hasan, akibat gangguan tersebut, dia tiba-tiba jatuh sakit sehingga demam selepas selesai menyanyikan lagu keroncong berjudul Alunan Biola
“Pengalaman ini terjadi sekitar awal tahun 2000-an sewaktu saya merakamkan lagu Alunan Biola dalam studio Rentak 50 di Angkasapuri, RTM.
“Saya ingat lagi ketika saya menyanyikan rangkap pertama, tiba-tiba ada suara lain yang menyahut nyanyian saya.
“Bila saya mengadu pada ‘soundman’, dia beritahu memang sebelum ini pernah ada penyanyi lain mengalami pengalaman serupa,” kata Alyah kepada Kosmo! Online.
Ketika pulang ke rumah, penyanyi yang kini berusia 42 tahun itu berkata seluruh badannya menggigil dan demam pada keesokan harinya.
“Esoknya saya terus demam. Pengalaman ini memang saya akan ingat sampai bila-bila,” ujarnya.
Berkongsi penglibatannya dalam Konsert Keroncong Malaysia yang bakal diadakan pada 5 dan 6 Ogos nanti di Istana Budaya, isteri kepada maestro muzik, Datuk Ramli MS itu mengakui teruja untuk terlibat dalam konsert tersebut kerana sudah lama tidak menyanyikan lagu-lagu berentak keroncong.
Lebih membuatkan Alyah teruja apabila dia bakal berkongsi pentas bersama barisan penyanyi legenda terkenal seperti Datuk Yusni Hamid dan Datuk Khadijah Ibrahim.
“Pada konsert itu nanti saya akan menyanyikan dua buah lagu keroncong. Judulnya saya tidak mahu beritahu lagi.
“Bila saya dapat tawaran untuk terlibat dalam konsert ini, saya rasa sangat seronok sebab dah lama saya tidak menyanyikan lagu keroncong. Saya kena berlatih dan asah semula nyanyian keroncong
saya,” katanya ketika ditemui di sidang media Konsert Keroncong Malaysia di Istana Budaya, semalam.
Selain Alyah, Yusni Hamid dan Khadijah Ibrahim, konsert selama dua hari itu turut menampilkan penyanyi rock legenda, Datuk Awie serta penyanyi Korea, Han Byul dan akan diiringi dengan 40 pemuzik orkestra Keroncong Irama Perindu. K Online
Alyah demam ‘diusik’ suara misteri
Baca Artikel Menarik:
- ‘Warlord’ tak mahu berubah kerana sayangkan jawatan – Akmal
- Ibu Ismail Izzani nafi anak hamilkan anak orang
- Bapa dipecat Finas, Anzalna terus beri sokongan
- Mohon maaf jika ‘suci’ jalin persahabatan, Pemuda Umno beritahu DAP
- Shashic selamatkan aku dari didera ‘ex boyfriend’
- Kejatuhan ringgit dan OPR: Mahathir bidas Anwar
- Wanita potong, curi rantai budak di Jom Heboh didakwa esok
- Singapura mohon maaf lawak melampau Jocelyn Chia
- Kertas siasat Hadi, Shahidan diserah pada Jabatan Peguam Negara
- Kanak-kanak melutut depan ibu di medan selera
- Empat doktor ditahan terlibat aktiviti palsu sijil kelahiran
- Isteri tarik rambut kekasih gelap suami diseret 20 meter
- Duda anak dua didakwa hina Allah, Nabi dan agama Islam
- Rider diburu polis babit kes bunuh dekat Klang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saya akan dedahkan apa dihisap Khairy minggu depan – Bung