Bukan Ismail Izzani – Wanita dakwa hamil anak artis mohon maaf

Bukan Ismail Izzani – Wanita dakwa hamil anak artis mohon maaf

WANITA yang mendakwa hamil anak kepada seorang selebriti lelaki bertindak memadamkan video di akaun TikTok miliknya.

Bagaimanapun sebelum memadamkan video tersebut, pemilik akaun dengan nama HatiBushuk itu membuat penafian bahawa artis lelaki dimaksudkan itu bukanlah Ismail Izzani seperti yang diteka netizen.



Pemilik akaun itu menjawab tanda tanya netizen menerusi ruangan komen selepas ada yang memberikan bayangan dengan meletakkan nama Nobita.

Nobita sebelum ini sinonim dengan Ismail selepas netizen menyamakan dirinya dengan karakter animasi popular tersebut kerana wataknya dalam sebuah drama.

“Bukan Ismail Izzani,” tulisnya ringkas.

Bagaimanapun selepas memadamkan video yang merakamkan tangkapan skrin (screenshot) perbualan WhatsApp dengan ibu dan artis itu, wanita berkenaan memaklumkan akan memadamkan akaun tersebut.



“Maaf kepada semua yang mengikuti akaun ini dari mula.

“Saya akan memadamkan akaun ini kerana ia sebenarnya tidak benar. Wassalam,” maklumnya.

Lebih aneh lagi, ruangan komen posting berkenaan juga turut ditutup.

Terdahulu, seorang wanita mendakwa dia telah hamil selepas menjalin hubungan dengan seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular tanah air.



Wanita terbabit tanpa mendedahkan nama artis itu menerusi TikTok turut mendakwa, dia dibiarkan ‘terkontang-kanting’ oleh artis terbabit.

Disebabkan itu juga, netizen mula memetik nama Ismail Izzani kerana pernah terpalit dengan beberapa kontroversi antaranya foto tular mencium seorang wanita di sebuah pusat hiburan. Gempak

Bukan Ismail Izzani – Wanita dakwa hamil anak artis mohon maaf

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Putri Ariani Di America’s Got Talent Bikin Meremang (Video)

Saya akan dedahkan apa dihisap Khairy minggu depan – Bung



Artis hamilkan anak orang

Durian duri hitam dijual RM98 1 kilogram di Vietnam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker