Norreen Iman tayang perut selepas kurus

Norreen Iman tayang perut selepas kurus

Gara-gara memuat naik sekeping gambar memaparkan bahagian perut yang semakin kempis, pelakon dan pempengaruh Norreen Iman menerima kecaman hebat daripada netizen.

Norreen atau nama lengkapnya Norreen Iman Abdullah, 29, memuat naik gambar tersebut ketika menyambut ulang tahun perkahwinan kesembilan bersama suami tercinta, Razzi Razak di sebuah restoran.

Lebih menjadi tumpuan apabila pelakon drama Cina Buta itu menggayakan baju menunjukkan perut yang hanya menutupi bahagian dada sambil memegang sejambak bunga mawar.

“Selamat menyambut ulang tahun kesembilan Baba (suami). Saya sayang awak sangat-sangat.

“Terima kasih kerana mengambil berat, memahami dan selalu ada di samping saya.

“Isteri gila tetapi suami tenang sahaja. Sayang awak sangat Razzi,” tulisnya dalam kapsyen.

Segelintir netizen menganggap tindakannya melampau kerana berani membuat penampilan dengan gaya sebegitu selepas kurus.

“Mahu tunjuk kurus punya pasal sampai pakai baju macam itu seperti tiada otak sahaja.

“Kadang-kadang terfikir apabila orang sudah kurus mereka buang lemak ke buang rasa malu?.

“Saya suka Norreen tetapi bila makin kurus jangan nampak sangat bentuk badan,” demikian antara komen netizen. K Online

Norreen Iman tayang perut selepas kurus

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dolla mahu terbang tinggi

Ini sebab ramai bau wangi waktu malam

Mia Khalifa Jadi Pensyarah Di Oxford Universiti

Seluar dalam Fify Azmi jadi perhatian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker