Syafinaz ajar vokal, bukan taranum

Syafinaz ajar vokal, bukan taranum

Sebagai usaha memberi pendedahan mengenai teknik lontaran suara dengan tepat, penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat masih meneruskan kegiatan sebagai tenaga pengajar di Akademi Taranum Negeri Sembilan (AKTAR).

Syafinaz yang juga pensyarah vokal di Jabatan Muzik Fakulti Seni Persembahan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan, beliau hanya memberi tumpuan kepada aspek vokal dan bukan kaedah taranum.

“Saya masih meneruskan usaha membantu mereka yang mahu bertaranum dengan lebih baik.

“Saya baru sahaja selesai mengajar untuk AKTAR di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

“Usaha ini bertujuan memberi pendedahan kepada mereka mengenai penggunaan suara yang betul. Saya tidak mengajar taranum, cuma membantu daripada segi vokal dan cara lontaran suara dengan betul, jadi jangan salah faham.

“Selepas ini, mungkin akan diteruskan lagi. Tetapi bergantung kepada keadaan juga. Setakat ini, saya sudah terbabit sebagai tenaga pengajar di AKTAR sebanyak tiga kali,” katanya kepada BH Online.

Syafinaz berkata, tugasan yang dimulakan tahun lalu itu menjadi perkara baharu bagi dirinya sepanjang terbabit dalam bidang vokal.

“Saya suka buat perkara baharu dan diakui, ia adalah cabang berbeza buat saya. Saya sendiri dapat belajar daripada apa yang dibuat ketika itu.

“Ini kerana, taranum sebenarnya umpama nyanyian. Ia membawa maksud berlagu. Cuma, ada elemen yang sedikit berbeza daripada kebiasaan yang pernah dilakukan.

“Saya suka sebab dapat banyak belajar juga daripada mereka yang datang. Dalam mengajar, saya juga belajar perkara baharu,” katanya ditemui pada program Suara Nadi Kehidupan sempena Hari Suara Sedunia 2023 di Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Bangi, baru-baru ini.

Mengulas mengenai program Suara Nadi Kehidupan, Syafinaz menganggap ia adalah inisiatif murni yang sewajarnya diteruskan pada masa akan datang.

Baginya, program itu mampu memupuk kesedaran umum terhadap penjagaan peti suara dalam kehidupan.

“Sudah tentu, usaha ini sangat bagus kerana suara adalah sesuatu yang sangat berharga dan tidak boleh diganti. Inisiatif sebegini sangat dialu-alukan untuk diteruskan.

“Penggiat industri muzik juga perlu terbabit dalam usaha ini kerana kesedaran itu amat penting. Apabila ada pembabitan dalam kalangan artis, mungkin capaian inisiatif ini akan menjadi lebih besar,” katanya.

Pada program itu, Syafinaz turut mengendalikan forum khas bertajuk ‘Suara Untuk Bekerja dan Bekerja Untuk Suara’.

Sesi perkongsian itu turut menampilkan ahli panel iaitu penyanyi dan jurulatih luar NIOSH, Sham Visa; pelakon teater dan pensyarah sambilan vokal Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Anne James dan doktor kesihatan pekerjaan NIOSH, Dr Muhamad Arif Muhamad Nordin sebagai ahli panel. BH

Syafinaz ajar vokal, bukan taranum

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai

Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]

Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu

Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker