Qistina berterima kasih pada Puteri Balqis kerana tuduhannya

Qistina berterima kasih pada Puteri Balqis kerana tuduhannya

Dituduh berpura-pura seperti mangsa keadaan, pelakon Qistina Raisah berterima kasih kepada Puteri Balqis atas kemelut yang tercetus antara mereka.

Qistina atau nama sebenarnya, Nur Qistina Raisah Mohd. Kamarol berkata, dia enggan lagi memanjangkan isu dengan pelakon berusia 16 tahun itu.

“Saya gembira akhirnya Balqis buka mulut dan menjelaskan apa yang terbuku di hatinya berkenaan isu terbabit.

“Saya sudah malas nak panjangkan isu ini. Kalau dia kata saya berlagak seperti mangsa keadaan (play victim), itu terpulang kepadanya.

“Rasanya netizen tahu siapa individu yang dia betul-betul maksudkan. Sekurang-kurangnya, dia tak diam diri selepas menyebabkan reputasi saya tercalar,” katanya kepada Kosmo! Online.

Kata Qistina lagi, dia sangat menghormati Balqis sebagai pelakon yang lagi senior dan banyak memenangi anugerah.

“Ya, betul. Dia sudah banyak menang anugerah dan dia memang seorang pelakon yang hebat.

“Saya sangat menghormati dia sebagai pelakon yang lebih senior berbanding saya. Doa saya yang baik-baik buat Puteri Balqis.

“Industri seni ini kecil sahaja. Saya pun tiada masa nak bergaduh tentang perkara remeh. Kalau jumpa dia di mana-mana selepas ini, saya akan cuba tegur macam biasa,” katanya.

Terdahulu, Balqis tampil memberi respons selepas didakwa bergaduh dengan Qistina Raisah. Katanya, dia tidak menyebut nama mana-mana pihak atau selebriti dalam statusnya baru-baru ini yang didakwa ditujukan kepada Qistina.

“Saya tak rasa dia saja aktres 14 tahun di Malaysia. Saya tak tahu kenapa nama saya disebut-sebut sedangkan saya tak sebut sesiapa. Saya tak tahu kenapa perlu ‘play victim’,” katanya kepada media.

Sebelum ini, Balqis, 16, meluahkan rasa amarah terhadap individu tidak bernama yang dipercayai Qistin Raisah.

“Kau baru berusia 14 tahun. Tak banyak beza pun dengan aku tapi cringe (janggal) kau mengalahkan orang tua.

“Video tayang punggung hari-hari tapi berlakon satu hapah anugerah pun tiada (tidak pernah menang anugerah). Tolonglah jangan bagi aku satu set (berlakon) dengan dia,” coretnya menerusi InstaStory. K Online

Qistina berterima kasih pada Puteri Balqis kerana tuduhannya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai

Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]

Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu

Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker