Polis Evo 3, 12 hari RM41.3 juta

Polis Evo 3, 12 hari RM41.3 juta

Filem arahan Syafiq Yusof, Polis Evo 3 terus mendahului kutipan pawagam dengan jumlah sebanyak RM41.3 juta dalam tempoh 12 hari termasuk tayangan awal.

Kutipan itu secara tak langsung menjadikan filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures itu sebagai filem di tangga pertama yang mencatatkan kutipan tertinggi bagi 2023 di Malaysia.

Ia sekali gus mengenepikan filem-filem francais besar antarabangsa yang pernah mendominasi kutipan tertinggi di pawagam tempatan.

Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, momentum positif ini memaparkan prestasi yang lebih pantas, justeru berterima kasih kepada semua yang sudah menonton filem Polis Evo 3 di pawagam.

“Kami amat berbesar hati atas pencapaian luar biasa Polis Evo 3 setakat ini. Meskipun banyak filem baru dari francais popular Hollywood di pawagam ketika ini, namun karya tempatan masih mampu memberi saingan sengit.

“Kejayaan ini terhasil daripada sokongan penonton, merekalah faktor utama dalam gelombang fenomena Polis Evo 3.

“Terima kasih tidak terhingga kepada pihak pawagam yang banyak beri sokongan, kepada rakan media yang memberikan liputan meluas serta semua penonton Polis Evo 3 seluruh Malaysia serta barisan pelakon yang memberikan komitmen tinggi dalam mempromosikan filem ini,” katanya.

Sebelum ini, Polis Evo yang ditayangkan pada 2015 mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan pecah panggung lebih RM18 juta.

Melihat reaksi penonton menerusi Polis Evo 3, rata-rata memuji lakonan Sharnaaz Ahmad yang menghidupkan watak antagonis iaitu Reza. Lakonannya dikatakan berjaya menarik perhatian ramai menerusi karakternya yang berkesan.

Sebelum ini, watak antagonis Polis Evo, Izrail berjaya mengangkat pelakonnya, Hushairi Husain sebagai pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-28 dan pelakon Hasnul Rahmat menerusi watak Saif iaitu karakter antagonis menerusi Polis Evo 2 juga pernah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam FFM 30.

Polis Evo 3 menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.

Polis Evo 3 berkisarkan mengenai Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaharu dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.

Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai. BH

Polis Evo 3, 12 hari RM41.3 juta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai

Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]

Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu

Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker