Ismail tak kisah disamakan dengan Nobita

Ismail tak kisah disamakan dengan Nobita

Kali pertama menerima tawaran sebagai pelakon utama dalam drama, Ismail Izzani mengaku masih banyak perlu dipelajari untuk terus bertahan.

Penampilan Ismail dalam drama Bukan Hanya Sekadar Cinta yang disiarkan slot Akasia TV3, mendapat reaksi kurang baik penonton.

Malah, ada yang menyamakan Ismail dengan watak Nobita dalam siri animasi, Doraemon.

Ismail atau nama sebenar, Ismail Izzani Zainal Nazeri, 23, berkata bidang lakonan bukanlah cabang seni kegemaran, namun, mahu cuba memperbaiki kekurangan dengan menerima semua kritikan.

“Saya tidak ambil kritikan penonton dengan serius walaupun ada yang mengatakan saya tidak sesuai untuk menggalas watak utama. Bagaimanapun, saya cuba beri yang terbaik.

“Ini pengalaman saya sepanjang bergelar anak seni. Malah, percubaan untuk memegang watak utama atau berlakon menunjukkan saya sudah berani mencuba perkara baharu.

“Saya juga tidak kisah apabila ada orang menyamakan dengan Nobita sebab saya pernah terima kecaman yang lebih teruk daripada itu.

“Walaupun itu bukanlah perkara yang saya mahukan, tapi saya tetap memandangnya daripada sisi positif. Apabila ada yang kata seperti itu, ia bermakna mereka menonton drama berkenaan,” katanya kepada BH Online.

Ditanya faktor mendorongnya untuk berlakon, penyanyi yang popular dengan single Sabar itu berkata, dia mendapat sokongan daripada ibu dan syarikat produksi, biarpun diselubungi perasaan risau pada awalnya.

“Mula-mula memang saya tidak ada keberanian berlakon. Tetapi apabila Mama selalu beri semangat dan beritahu ini peluang yang tidak boleh disia-siakan, saya cuba untuk cabar diri.

“Kalau diikutkan, sudah setahun saya tidak muncul di televisyen (TV). Jadi, saya fikir, ini adalah permulaan untuk saya kembali aktif.

“Pada masa sama, penerbit, Datuk A Aida dan pengarah, Riza Baharudin bersama pelakon lain banyak memberi tunjuk ajar kepada saya.

“Saya mengaku masih banyak perlu diperbaiki, tetapi, ia bukan alasan untuk tidak mengambil peluang terhidang seperti ini,” katanya ditemui di Karnival Jom Heboh (KJH) Selangor Generasi Muda di Stadium Shah Alam, Selangor, Jumaat lalu.

Selain Ismail sebagai teraju utama, drama Bukan Hanya Sekadar Cinta turut menampilkan pelakon dari Singapura, Sofia Dendroff dan dibantu Muaz Zabir, Daniella Sya, Syamim Farid dan Liza Abdullah.

Drama 28 episod terbitan A Aida Production Sdn Bhd itu ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7 petang, mulai 24 Mei lalu. BH

Ismail tak kisah disamakan dengan Nobita

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai

Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]

Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu

Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker