Farisha Irish rampas tunang orang?

Farisha Irish rampas tunang orang?

Dilabel perampas dan gatal, pelakon dan penyanyi, Farisha Irish tidak mampu menutup mulut orang.

Bagaimanapun, gadis berusia 24 tahun itu menafikan tuduhan berkenaan.

Katanya, tuduhan perampas sama sekali tidak betul kerana hanya mengenali kekasihnya Muhammad Hardee, 29, pada awal Mac lalu selepas ikatan pertunangan jejaka itu dengan pempengaruh media sosial, Myra Zainal putus.

“Bila masa saya rampas tunang orang? Netizen tuduh saya perampas dan menjadi punca hubungan Muhammad Hardee dan bekas tunang putus, sedangkan tuduhan ini tidak betul.

“Saya kenal Muhammad Hardee pada 1 Mac lalu dan ketika itu, ikatan pertunangannya sudah lama terlerai.

“Saya tidak menjangka akan mengenalinya dan seterusnya, bercinta,” kata Farisha kepada BH Online.

Pemilik nama lengkap Farisha Asmadi menjelaskan, walaupun kisah percintaan dengan bekas pemain bola sepak Pahang itu sering menjadi ‘bahan’ dalam media sosial, namun tidak mahu perkara itu menghantui fikirannya.

“Saya mengelak membebankan diri dengan memikirkan sesuatu perkara sampai berbulan-bulan lamanya.

“Ada netizen mempersoalkan kenapa saya bercinta dengannya, menuduh gatal dan sebagainya.

“Tetapi, saya bukanlah orang yang suka mengambil tahu masa silam seseorang. Bagi saya, setiap orang ada sejarah tersendiri dan saya bersyukur kerana Allah tutup aib saya,” katanya.

Bekas peserta Big Stage musim ketiga itu bagaimanapun mengakui, ada masanya tertekan dengan sikap netizen, namun lebih gemar mengambil pendekatan mendiamkan diri.

Menurut pemilik lagu Baek itu, tidak guna melayan tohmahan netizen kerana ia tidak akan habis kerana mereka tidak tahu keadaan sebenar.

“Kalau tengok dalam Twitter macam-macam ciapan dibuat. Farisha itu, Farisha ini. Tetapi, saya ambil pendekatan diamkan diri kerana bukan mudah menutup mulut orang.

“Mereka takkan habis bercakap kerana netizen hanya tahu bercakap buruk mengenai orang lain.

“Pendekatan saya, jika tuduhan melampau, saya akan rujuk pada teman lelaki apa yang diperkatakan.

“Bila dikemukakan 100 peratus bukti, apa lagi saya nak buat. Takkan saya hendak terus meraguinya,” katanya.

Berbicara mengenai kerjayanya, Farisha bakal berkolaborasi dengan Cherpen untuk lagu baharu.

Katanya, rentak lagu lebih ‘mellow’ dan sedih iaitu berkisar kisah putus cinta.

Sementara itu, Farisha turut berjinak-jinak dalam dunia lakonan bakal muncul dalam filem The Fire Fly Star.

Sepanjang 12 tahun berkecimpung dalam bidang seni, Farisha belum pernah diberikan watak teraju utama.

Namun, gadis dari Selangor itu tidak kisah kerana mengakui lebih meminati nyanyian berbanding lakonan. BH

Farisha Irish rampas tunang orang?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai

Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]

Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu

Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker