Duda sado jual durian ‘topless’ buat ramai wanita tak keruan (Video)

Duda sado jual durian ‘topless’ buat ramai wanita tak keruan (Video)

Baru-baru ini, tular video di laman TikTok memaparkan seorang pemuda menjual buah durian di Terengganu hingga menarik perhatian netizen, lebih-lebih lagi dikalangan wanita.

Sebab mendapat perhatian dikalangan wanita adalah kerana pemuda bernama Ery Syarif menjual durian tanpa memakai baju dan hanya mengenakan seluar pendek berwarna hitam serta topi warna hijau lumut.

Susulan ‘memperagakan’ diri seperti itu sambil menjual durian, dapat dilihat di ruangan komen, rata-rata kaum wanita tertarik mahu membeli durian jualannya dan ada berseloroh mengatakan diri mereka mengidam biarpun tidak hamil.

Bagaimanapun, dalam pada masa yang sama, ramai juga yang meninggalkan kritikan kerana berasa kurang senang melihat cara pemuda tersebut mencari rezeki.

Difahamkan, hal itu berlaku di negeri Terengganu dan bukannya di Thailand yang selalunya menjual sambil menunjuk badan mereka yang sado.

Sedar diri dikecam ramai, Ery menjelaskan dirinya hanya menjual durian dan terbuka dengan segala komen yang ditinggalkan oleh netizen mengenai cara penampilannya.

Ery yang juga merupakan duda anak tiga itu difahamkan juga menjual keropok lekor secara sepenuh masa yang diuruskan bersama-sama keluarga.

Duda sado jual durian ‘topless’ buat ramai wanita tak keruan (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai

Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]

Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu

Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker