Azhar Sulaiman didakwa galakkan Leona kena buli

Azhar Sulaiman didakwa galakkan Leona kena buli

Sebelum ini, pelakon, Azhar Sulaiman meluahkan rasa bimbang mengenai tindakan anak perempuannya, Kasih Irish Leona yang didakwa sering mengundang kontroversi.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Azhar mengatakan ada sesetengah orang yang mempunyai sifat bodoh pada hari tertentu.



Namun, pelakon berusia 51 tahun itu risau sekiranya anaknya yang juga pempengaruh media sosial itu mempunyai sifat bodoh pada setiap hari.

Susulan itu, seorang pengguna Twitter meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan Azhar yang seakan-akan menggalakkan orang ramai untuk membuli anaknya.

Bukan itu sahaja, pengguna tersebut turut berpendapat pelakon Projek High Council itu sepatutnya menegur Leona secara peribadi dan bukannya secara umum.

Tambahnya lagi, Azhar sepatutnya meminta pihak media untuk berhenti menggunakan anaknya dan bukannya mencurahkan minyak pada api yang membara.



Terdahulu, Kasih Iris Leona telah mendapat perhatian orang ramai selepas memakai pakaian renang wanita atau bikini berwarna putih ketika bemandi-manda bersama rakan-rakannya di sungai.

Selepas memadam video tersebut, Leona sekali lagi dikecam apabila menggayakan gaun berwarna ungu yang mendedahkan bahagian dadanya.

Azhar Sulaiman didakwa galakkan Leona kena buli

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai

Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]



Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu

Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker