Goyang Telur Lepastu Perli Isteri

Goyang Telur Lepastu Perli Isteri

Pempengaruh dan doktor perubatan, Dr Say Shazril menerusi sebuah hantarannya di Instagram (IG) menyelar tindakan kaum suami yang berkira dengan isteri terutama bagi perbelanjaan di rumah.

Menerusi perkongsian tersebut, Dr Say berkata isterinya ada berkongsi satu tangkap layar dari Facebook (FB) tentang pendedahan sesetengah suami yang meminta bukti resit pembelian kerana tidak percaya kepada isteri.



Isteri saya ambil tangkap layar ini dari FB dan diberinya link hantaran FB itu kepada saya. Bila saya baca komen-komen pada hantaran itu, terduduk saya dibuatnya.

Rupa-rupanya ramai pasangan di luar sana yang buat Whatsapp group sesama mereka untuk muat naik resit bukti pembelian.

Kalau resit tu suami nak claim LHDN saya faham tapi kalau resit itu untuk dijadikan bukti yang isteri berbelanja sana sini, dimana kepercayaan seorang suami kepada isteri? Kalau suami yang berkira duit ke mana ini, percayalah isteri pasti tak dapat duit untuk keperluan diri.

Sehubungan dengan itu, dia menyelar serta menegur tindakan suami yang berkira soal perbelanjaan dan dia berasa malu wujudnya lelaki seperti itu.



Suami kalau tak berpendapatan tinggi, mudah, bagilah duit poket mingguan yang tak tinggi sebab isteri kita tahu macam mana nak urus apa yang diberi.

Satu lagi, kalau kita berpendapatan lebih rendah daripada isteri kita, jangan sesekali culus tanggungjawab, kita memberi nafkah kepada mereka.

Kalau kita rasa rendah diri isteri gaji lebih dari kita, bayar semula dengan buat kerja-kerja rumah. Ini tidak, goyang telur lepastu perli-perli isteri bergaji lagi tinggi. Saya sebagai lelaki pun malu baca mesej lelaki berkira macam ni.

‘Jangan rosakan wanita..’



Dalam pada itu, bapa kepada dua orang anak ini juga menasihati para suami agar yakin dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah dan perlu sentiasa menjaga hubungan baik dengan isteri.

Satu lagi kena ingat, pemberi rezeki yg mutlak adalah Allah SWT tapi antara sebab rezeki diluaskan oleh Allah SWT adalah jika kita sentiasa berlaku baik dengan isteri. Terus terang cerita saya takkan capai apa yang saya miliki sekarang jika bukan kerana isteri saya.

Jadi kepada suami luar sana, kalau kita rasa “apasal aku asyik sempit eh?”, “apasal hidup aku macam tak tenteram eh?”, “apasal duit selalu tak cukup eh?” selain check hubungan kita dengan Dia, check juga hubungan kita dengan isteri.

Dr Say juga memberi pendapat bahawa jika lelaki tidak mampu untuk menjadi ketua keluarga, adalah lebih baik jika mengekalkan status bujang daripada menyusahkan kaum wanita.



Akhir sekali, kalau kau tahu kau tak boleh ada komitmen dengan perkahwinan, tak boleh ada komitmen sebagai suami, berkira tak tentu hala, jadi bujang dan jangan rosakkan wanita di luar sana.
Sumber: Instagram

Goyang Telur Lepastu Perli Isteri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Tumbuk muka kekasih, gara-gara tak dapat pinjam kereta

Kau ingat hamba abdi kau ke – Reen Rahim



Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum

Pulau Pinang milik Kedah, jadi tiada isu sempadan – Sanusi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker