Meer Nash tinggalkan Big Stage
Meer Nash tinggalkan Big Stage
Penyanyi, Meer Nash, 28, berpendapat program realiti Big Stage 5 menjadi platform batu loncatan yang bagus untuk kerjaya seninya.
Justeru, pemilik nama sebenar Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul kekal positif karier nyanyiannya boleh berkembang meskipun tersingkir daripada program itu, semalam.
“Orang kata kita kena keluar daripada zon selesa dan belajar sesuatu yang baru. Bila label tanya berkali-kali, adakah saya nak sertai Big Stage, saya terus bersetuju.
“Saya tahu saya bukan ‘powerhouse singer’, namun pengalaman empat minggu ini banyak mengajar saya.
“Bagi saya, apa yang jadi selepas Big Stage adalah lebih penting. Saya terima perjalanan saya terhenti sampai sini. Saya akan belajar lagi,” katanya kepada Utusan Malaysia semasa sidang media usai konsert minggu keempat program berkenaan, semalam..
Meer Nash mengakui walaupun nyanyiannya yang membawakan lagu Rapuh di minggu keempat gagal menambat hati juri, namun penyanyi asal Pulau Pinang ini bertekad untuk terus memperbaiki vokal dan mutu persembahan bersama tenaga pengajar profesional.
“Sejak kecil lagi saya dah cakap dekat cikgu yang saya nak jadi penyanyi.
“Saya sangat pentingkan karier. Saya boleh tak ada cinta tapi saya kena ada karier. Ia menjadi tujuan saya untuk terus hidup.
“Sebelum ini saya belajar vokal dengan ramai guru seperti cikgu Shafi, cikgu Sarah dan Danial Chuer,” katanya yang menyukai lagu-lagu berentak balada.
Meer Nash, pada Konsert Big Stage yang bertemakan Malam Jiwa Galau, mengumpul markah 45.33 peratus menerusi persembahan lagu ‘Rapuh’.
Selepas tiga kali di kedudukan tiga terbawah, Meer Nash akur meninggalkan pentas Big Stage semalam. Utusan
Meer Nash tinggalkan Big Stage
Baca Artikel Menarik:
- Misteri Bezza FF2 terjawab
- Sokong calon DAP atau hilang kuasa, Umno diberitahu
- Jam tangan Swatch dirampas tertera huruf LGBTQ, kata sumber
- Kejatuhan ringgit membawa kebaikkan kepada ekonomi negara – Rafizi Ramli
- Tang mana ‘untold’?
- ‘Ah long bangang’ tersalah pecah kereta, serang rumah jiran
- PN beri projek RM654 juta tanpa tender, mana penjelasan?
- Shila Amzah dan Ubai sahkan akan bernikah tahun ini
- Lelaki bunuh dan makan daging warga emas, dihantar ke hospital mental
- Tikam rakan kerana skandal dengan isteri
- Baby Shima diminta ‘berehat’
- Tiz Zaqyah, Keith Foo bercinta?
- Dikecam bagi isteri beranak lagi, Ini jawapan balas Fizo Omar
- Zahid kata PAS jangan perasan, tiada siapa pelawa sertai Kerajaan Perpaduan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengacara terkenal pilih untuk ‘Free-Hair’ sambut ulang tahun ke-39
Hanya kerana iPhone, wanita muda sanggup jadi pelacur online