Jimin cipta rekod artis Kpop terpantas capai 1 bilion ‘streaming’

Jimin cipta rekod artis Kpop terpantas capai 1 bilion ‘streaming’

Jimin iaitu ahli kumpulan popular, BTS, diiktiraf Guinness World Records (GWR) sebagai artis solo K-pop lelaki terpantas meraih rekod satu bilion ‘streaming’ melalui platform muzik, Spotify.

GWR mengumumkan Jimin, 27, mencapai rekod satu bilion ‘streaming’ di Spotify, dalam tempoh 393 hari, lapor portal muzik K-pop, Soompi.

Sebelum ini, rekod ‘streaming’ tertinggi dipegang seorang lagi ahli BTS, iaitu Jungkook yang mencapai lebih satu bilion ‘streaming’ dalam tempoh 409 hari.

Agensi melaporkan, rekod ‘streaming’ itu diperoleh kebanyakannya daripada album solo pertamanya, Face, iaitu merangkumi rangkaian lagu seperti Like Crazy, Set Me Free Part 2 dan empat dendangan lain.

Lagu popular Jimin lain termasuk Vibe berganding dengan Taeyang iaitu ahli Big Bang; With You menampilkan Ha Sung Woon dan Angel Part 1.

Sementara itu, peminat BTS di Asia Tenggara berpeluang menyaksikan seorang lagi ahli kumpulan BTS, Suga beraksi pada konsert secara langsung sempena siri jelajahnya.

Suga beraksi di Jakarta, Indonesia selama tiga malam sejak Jumaat lalu dan dijadual tampil di Bangkok, Thailand, pada 9 Jun ini disusuli Singapura, pada 16 Jun. BH

Jimin cipta rekod artis Kpop terpantas capai 1 bilion ‘streaming’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Qistina Raisah Mahu Puteri Balqis Cerita Hal Sebenar

Kami bukan ramas punggung pun – Aliff Syukri

Pengacara terkenal pilih untuk ‘Free-Hair’ sambut ulang tahun ke-39

Hanya kerana iPhone, wanita muda sanggup jadi pelacur online

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker