Shila Amzah, Ubai bertunang
Shila Amzah, Ubai bertunang
Penyanyi Shila Amzah bersama kekasihnya yang juga pempengaruh, Ubai selamat melangsungkan majlis pertunangan yang diadakan secara tertutup, semalam (Jumaat)
Berita gembira itu dikongsikan sendiri Ubai atau nama lengkapnya Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, hari ini.
Dalam hantaran tersebut, Ubai berkongsi beberapa keping foto bersama Shila yang kelihatan sedondon menggayakan pakaian berwarna ungu ketika berada di atas pelamin.
“Alhamdulillah,” tulisnya ringkas.
Dalam hantaran sama, kelihatan Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Hamzah, 33, tersenyum manis ketika bersalaman dengan seorang wanita dipercayai ibu kepada Ubai.
Meninjau dalam ruangan komen, pasangan kekasih itu dihujani dengan ucapan tahniah serta doa daripada peminat yang turut gembira meraikan hari pertunangan mereka.
Malah, rata-rata netizen seolah-olah dapat meneka bahawa pasangan itu bakal bertunang dalam masa terdekat selepas heboh tentang kisah ‘putus cinta’ mereka baru-baru ini.
“Kan sudah cakap kenyataan tersebut adalah gimik sahaja. Tahniah buat kedua-duanya,” kata seorang pengguna Instagram.
“Sudah agak sebab sebelum ini Shila ada bagi petunjuk ketika buat ‘live’ dalam Instagram. Alhamdulillah semoga jodoh kekal hingga ke jannah,” ujar seorang lagi pengikutnya.
Rabu lalu, pelantun lagu Patah Seribu itu mencetuskan teka-teki apabila memuat naik hantaran Instagram seolah-olah memberi bayangan hubungan cintanya bersama Ubai telah berakhir. Bagaimanapun, Shila menafikan dakwaan tersebut.
Shila yang juga bergelar ibu tunggal kepada seorang cahaya mata pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018, namun bercerai pada Februari 2022. Hasil perkongsian hidup, Shila dikurniakan seorang anak lelaki bernama Seth Uwais. K Online
Shila Amzah, Ubai bertunang
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin pertimbang saman Anwar
- Jangan berkecil hati, sahabat ku
- Durian serendah RM7 laku keras musim panas
- Syamsul dan Puteri Sarah gagal berdamai
- Pendakwaan mohon semua kes Muhyiddin dibicara bersama
- Sofia Jane macam vampire, tak pernah tua
- Peminat Edit Baju Sweet Qismina Guna AI Jadi Seksi Dan Nampak Lurah
- Aksi spontan Tengku Permaisuri Selangor lihat graduan kembar
- Imam rebah, meninggal dunia selepas set pertama main badminton
- Syamsul, Puteri Sarah usik-mengusik
- Norlia Ghani, Azrel Ismail diminta mohon maaf
- Serbuan Swatch bukan soal warna tapi isu LGBT – Anwar
- Gaduh depan sekolah, polis tahan pelajar
- Syamsul Yusof Tak Tahu Lafaz Cerai Dua Kali Puteri Sarah, Boleh Pulak Macam Tu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik
Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)
Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)