ND Lala hadir majlis pertunangan Shila, Ubai

ND Lala hadir majlis pertunangan Shila, Ubai

Kehadiran penyanyi, Datuk ND Lala ke majlis pertunangan anaknya, Shila Amzah dan pempengaruh, Ubai memberi bayangan kemelut dalaman keluarganya semakin pulih.

Situasi tersebut dibuktikan menerusi gambar selepas majlis yang dikongsikan anak bongsu artis era 1980-an itu, Syada menerusi Instagram Story semalam.

Kelihatan pemilik nama sebenar Amir Amzah Salleh, 62, itu berdiri bersebelahan isterinya, Datin Fauziah Sarman yang tersenyum manis sambil diapit Shila dan Ubai bersama ahli keluarga lain.

Dalam perkongsian berkenaan, Syada, 25, turut menzahirkan ucapan tahniah kepada kakaknya dan Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli atas pertunangan mereka.

Bekas peserta Big Stage musim kedua itu juga sempat berseloroh enggan memanggil bakal suami kakaknya sebagai abang disebabkan mereka sebaya.

“Belum boleh ucap selamat datang dalam keluarga. Kita ucapkan dulu tahniah buat pasangan merpati dua sejoli, Shila dan Ubai.

“Tak nak panggil abang,” tulisnya pada ruangan kapsyen yang memaparkan kegembiraan seisi keluarga tersebut.

Paling menarik perhatian adalah kelibat bapa mereka yang sebelum ini didakwanya enggan lagi berhubung dengan ahli keluarga sehingga dia terpaksa membuat surat terbuka dalam Instagram.

Dalam surat berkenaan, Syada menyebut dia dan adik beradiknya reda apabila bapa mereka mengambil keputusan meninggalkan keluarga dan memilih orang lain.

Sebelum itu, ibu mereka berkongsi gambar seorang wanita didakwa sebagai madunya, sekali gus seperti mengesahkan gosip suaminya itu beristeri muda.

Menambahkan lagi spekulasi rumah tangga ND Lala dan Fauziah semakin memburuk adalah apabila wanita terbabit muncul di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 3 April lalu.

Begitupun, Syada menafikan ibunya ke mahkamah bagi menuntut cerai.

Shila yang juga kakak sulungnya meminta keluarga mereka diberikan ruang dalam menghadapi isu tersebut. K Online

ND Lala hadir majlis pertunangan Shila, Ubai

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)

Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker