Polis Evo 3 kaut RM3.4 juta

Polis Evo 3 kaut RM3.4 juta

Filem aksi komedi arahan Syafiq Yusof, iaitu Polis Evo 3 yang mula ditayangkan di pawagam tempatan, semalam, mengaut lebih RM3.4 juta.

Jumlah itu termasuk RM1.3 juta yang diperoleh pada sesi tayangan awal atau ‘sneak preview’ filem terbabit yang dipertontonkan di pawagam GSC di seluruh negara, Rabu lalu.

Kutipan itu membolehkan naskhah terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures itu mengetepikan filem antarabangsa, Fast X, dengan pungutan lebih dua kali ganda semalam, lantas mendominasi carta kutipan pawagam.

Rabu lalu, Polis Evo 3 menduduki tangga pertama dalam kelompok 10 filem teratas yang mengaut kutipan tertinggi di GSC selepas sesi tayangan awal.

Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 iaitu Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad menganggap kejayaan filem berkenaan sebagai permulaan baik serta membuktikan filem tempatan mampu menawan hati dan memberi saingan sengit kepada judul antarabangsa.

“Syukur Alhamdulillah, sokongan penonton terhadap Polis Evo 3 amat luar biasa. Kami amat berbesar hati apabila peminat memilih karya tempatan untuk dijadikan tontonan.

“Saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menonton Polis Evo 3 di pawagam.

“Momentum positif ini membuktikan penonton kita masih meletakkan kepercayaan pada karya tempatan. Kami harap peminat berpuas hati serta terhibur selepas menonton filem Polis Evo 3.

“Kejayaan filem tempatan mengatasi kutipan judul antarabangsa selaras slogan Polis Evo 3 iaitu Kita Lagi Kuat Boh,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Selain Zizan dan Shaheizy, Polis Evo 3 menampilkan Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.

Filem ini berkisar Inspektor Khai lakonan Shaheizy atau Sam dan Inspektor Sani (Zizan) kembali dengan misi terbaharu. Kali ini, pasukan mereka disertai Inspektor Dani lakonan Syafiq, Inspektor Julie (Farali) dan Inspektor Dell (Lim) yang mempunyai kepakaran berbeza.

Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

Polis Evo yang ditayangkan pada 2015 mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta manakala Polis Evo 2 yang ditayangkan pada 2018, memungut lebih RM23 juta. BH

Polis Evo 3 kaut RM3.4 juta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berebut bilik tidur punya hal, warga emas tetak mati pasangan

Gadis dibunuh dan dibakar, keluarga dedah perilaku mangsa

Hannah Delisha posing mendada

Ronaldo kini raikan jaringan dengan sujud syukur [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker