Akui persis Rose Blackpink, Anis sila sedar diri

Akui persis Rose Blackpink, Anis sila sedar diri

Isteri kepada penyanyi popular, Haqiem Rusli sekali lagi menjadi bahan kecaman netizen gara-gara menyebut dirinya seperti ahli kumpulan Blackpink, Rose.

Perkara yang diakui Anis atau nama penuhnya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri menerusi perkongsian video di TikTok turut tular dan dijadikan sendaan.

“Kenapa saya nak ‘feeling-feeling’ jadi K-Pop? Sebab saya rasa saya macam Rose (Blackpink),” ujarnya sambil ketawa.

Rentetan pengakuan itu, rata-rata netizen menyifatkan wanita berusia 21 tahun itu syok sendiri selain terlampau yakin apabila menyamakan dirinya persis penyanyi terkenal Korea Selatan tersebut.

“Rose ke Rosnah Mat Aris, berhenti berangan dik, sedar diri kau,” ujar seorang netizen.

“Mana awak dapat keyakinan ni dik? Berpijaklah pada bumi yang nyata,” tulis seorang pengguna media sosial lain.

Dalam perkongsian sama, wanita asal Kelantan itu turut menyelitkan pesanan suaminya yang menasihatkan dirinya agar menjaga maruah sebagai seorang isteri.

“Nasihat Haqiem (suami), dia suruh saya jaga maruah sebagai seorang isteri. Itulah nasihat yang paling saya ingat,” jelasnya.

Sebelum ini, Anis pernah dihentam teruk apabila dia dilihat sudah tidak berhijab dan hanya mengenakan selendang yang memperlihatkan bahagian rambutnya.

Bagaimanapun, dia memilih untuk mengunci mulut apabila tidak memberi sebarang kenyataan atas kecaman mengenai isu terbabit.

Untuk rekod, Anis dan Haqiem mendirikan rumah tangga isteri di Masjid Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya pada 19 November 2021. K Online

Akui persis Rose Blackpink, Anis sila sedar diri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)

Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker