Yusof harap Syamsul, Puteri Sarah tak bermusuh selepas bercerai
Yusof harap Syamsul, Puteri Sarah tak bermusuh selepas bercerai
“Jika perceraian jalan terbaik, kami reda meskipun masih sayangkan Sarah,” demikian reaksi Datuk Yusof Haslam berhubung keputusan anaknya yang juga pengarah sensasi, Syamsul Yusof, 39, bersetuju melafazkan talak terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana, 38, pada 18 April ini.
Yusof, 69, bagaimanapun mengingatkan anaknya supaya sentiasa menjaga hubungan baik dengan Puteri Sarah demi anak-anak dan tidak mengabaikan zuriatnya itu.
“Siapa suka dengan perceraian? Kalau boleh kami memang tak mahu mereka bercerai.
“Namun, Puteri Sarah lebih tahu apa yang berlaku kerana dia yang hidup dengan Syamsul. Jadi, kami terima dengan hati terbuka.
“Asalkan Syamsul bercerai dengan cara baik dan tidak ada konflik, itu sudah memadai. Lagipun, benda sudah berlaku, nak patah balik pun tak boleh.
“Jadi, doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka. Saya harap selepas bercerai, hubungan Syamsul dan Puteri Sarah tidak putus serta janganlah bermusuh. Mereka kena fikir masa depan anak-anak,” katanya.
Sebagai bapa, Yusof berkata, Syamsul kena menjalankan tanggungjawab dan membesarkan anak-anak.
“Pesanan saya buat Syamsul, pandai-pandailah bawa diri dengan jalan hidup yang dipilihnya itu,” katanya.
Ditanya bagaimanakah sambutan Aidilfitri, pengarah filem pecah panggung, Sembilu dan Sembilu 2 ini berkongsi berita gembira kerana menantunya bersetuju untuk meraikan 1 Syawal bersama mereka.
“Saya difahamkan Puteri Sarah dan anak-anak akan meraikan Aidilfitri bersama kami. Puteri Sarah akan bermalam di rumah kami dan pada sebelah petang Syawal pertama, barulah pulang ke rumah orang tuanya.
“Walau apapun yang terjadi, Puteri Sarah tetap menantu saya meskipun sudah berkahwin lain suatu hari nanti.
“Malah, hubungan saya dengan keluarga besan juga tetap baik,” ujar Yusof.
Pagi semalam, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan 18 April ini untuk Syamsul melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas menetapkan tarikh berkenaan selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baru dan penyelesaian antara kedua-dua pihak.
Bagaimanapun, terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh berkenaan yang akan direkodkan.
Antara terma penyelesaian membabitkan hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian.
Dalam prosiding semalam, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader mewakili Puteri Sarah, manakala peguam syarie, Azmi Mohd Rais mewakili Syamsul. BH
Yusof harap Syamsul, Puteri Sarah tak bermusuh selepas bercerai
Baca Artikel Menarik:
- Shila Amzah dedah jadi magsa dera
- Maya Karin jawab soal kahwin
- Ahirine dedah pelakon lelaki ajaknya jadi kekasih gelap
- Peserta ratu cantik tunggang motosikal takut terlewat
- Adakah Muhyiddin bodoh atau pura-pura bodoh
- Sanusi mengadu ada gerakan singkirkannya dari Majlis Kewangan Negara
- Penumpang pesawat dihalau keluar menangis teresak-esak
- Zahid batalkan semua projek Jana Wibawa berjumlah RM7.2 bilion
- Gaji diawalkan 14 April sempena Aidilfitri – Cueapacs
- Artis rambut merah berlagak Diva dibenci ramai
- Intan Najuwa sorok tunang
- Remy puji Puteri Sarah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET