Shila Amzah minta masa selesaikan isu penyondol

Shila Amzah minta masa selesaikan isu penyondol

Pengurus peribadi Shila Amzah iaitu Aini Shuhaidah mohon maaf tidak dapat memberi sebarang kenyataan terhadap hantaran ibunya, Fauziah Sarman berhubung gangguan orang ketiga atau ‘penyondol’.

Menerusi aplikasi WhatsApp, Aini berkata, Shila turut memohon sedikit masa untuknya menghadapi masa yang sukar ini.



“Saya Aini ‘personal manager’ kepada Shila. Minta maaf banyak-banyak, Shila tak dapat memberi apa-apa kenyataan buat masa sekarang.

“Beri Shila sedikit masa ya,” katanya ringkas.

Mengulas keadaan Shila, Aini berkata, penyanyi Jauh Hati itu berada dalam keadaan baik dan sedang cuba menjernihkan keadaan.

“Shila okay, Alhamdulillah. Biasalah, bila hal keluarga macam ini, Shila sebagai anak sulung kena ambil tanggungjawab selesaikan sesama keluarga,” katanya.



Terdahulu, petang tadi, isteri kepada penyanyi dan pelakon lelaki era 80-an, ND Lala iaitu Fauziah Sarman yang didakwa berpoligami menimbulkan persoalan di kalangan netizen.

Fauziah menerusi hantaran Instagram (IG) memuat naik sekeping gambar seorang wanita bersama kapsyen yang menimbulkan persoalan ramai.

“Penyondol… Siti Munirah Abdul Ghani ndlalaofficial,” tulisnya.

Hantaran itu secara tidak langsung mencetuskan spekulasi sama ada wanita terbabit adalah madu kepada Fauziah.



Bagaimanapun, Fauziah tidak memberi sebarang maklum balas terhadap komen pengikutnya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular era 80-an dikatakan bernikah lagi satu secara rahsia.

Difahamkan, isteri baharunya itu masih muda dan mempunyai perbezaan usia yang jauh dengan artis terbabit. BH

Shila Amzah minta masa selesaikan isu penyondol



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)



Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz

Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker