Shuk, Sera sah cerai talak satu

Shuk, Sera sah cerai talak satu

Kuala Lumpur: Pelawak dan pengacara sensasi Shuk Sahar reda apabila rumah tangga yang dibina bersama Rossa Sera menemui titik noktah dan gagal diselamatkan.

Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 36, berkata, keputusan itu dibuat selepas mereka pulang mengerjakan ibadah umrah pada awal tahun ini.

Katanya, proses perceraian sudah berlangsung pada 22 Mac lalu apabila dia melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

“Betul kami sah bercerai pada 22 Mac lalu dengan talak satu.

“Selepas pulang umrah bersama, kami duduk berbincang, bercakap secara baik dan membuat keputusan untuk bercerai. Kami berpisah dengan baik,” katanya.

Menurut Shuk, biarpun sudah tiada ikatan suami dan isteri, namun hubungannya dengan Sera masih baik demi anak-anak.

Katanya lagi, dia menganggap segala ujian yang berlaku adalah pengajaran terbaik untuk terus memperbaiki dirinya.

“Sekarang ini saya hanya fokus kepada anak-anak sahaja. Mereka kini menetap di Sabah bersama ibu Sera sebab anak yang sulung sudah mula sekolah darjah satu.

“Saya anggap segala ujian ini sebagai teladan buat saya memperbaiki diri. Selama ini kita cuba cari haluan masing-masing untuk perbetulkan diri sendiri.

“Semoga saya akan menjadi orang yang lebih baik di masa akan datang,” katanya.

Shuk dan Sera berkahwin pada 2015 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 7 dan Nur Assyifatu Aimi, 4. HM

Shuk, Sera sah cerai talak satu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)

Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz

Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker