Bunga dirisik keluarga Amzar

Bunga dirisik keluarga Amzar

Empat tahun menyulam cinta, penyanyi hip hop, Bunga mengesahkan dirisik keluarga teman lelaki yang juga anggota kumpulan, Razqa, Amzar Sabri, Februari lalu.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Intan Payung ini menyatakan mereka enggan terburu-buru mendirikan rumah tangga kerana mahu fokus terhadap keluarga dan karier seni.

“Status kami baru lepas fasa merisik, Februari lalu. Alhamdulillah, kami sudah berkenalan empat tahun dan dia orang industri,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single dan video muzik single berjudul Raya Last Minit dendangan Andi Bernadee dan Ryan Bakery di sini, malam tadi.

Ditanya mengenai desas-desus dia bakal menamatkan zaman solo tahun ini, Bunga atau nama sebenar, Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 23, menafikan perkara itu.

“Perancangan mendirikan rumah tangga ada tetapi bukan dalam masa terdekat. Sejujurnya, saya belum bersedia bergelar isteri.

“Lagipun, saya dan pasangan ada perancangan lebih besar. Soal kahwin jatuh nombor dua. Fokus utama kami adalah untuk diri sendiri dan keluarga.

“Kalau hendak kahwin kena tengok kemampuan. Kami fikir tidak perlu terburu-buru kerana berkawan baru empat tahun dan masih baharu lagi,” katanya.

Ketika ditemubual, Bunga bersikap terbuka apabila mendedahkan Amzar yang juga bekas anggota kumpulan Viral, teman lelakinya dan mengakui sangat selesa menjalin hubungan dengan jejaka kelahiran Pahang itu. BH

Bunga dirisik keluarga Amzar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)

Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz

Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker