Buat konsert di Sarawak jika tak dibenar di Semenanjung

Datuk Bandar Miri Adam Yii berkata peraturan di Sarawak tidak begitu ketat apabila melibatkan artis dalam dan luar negara.

Buat konsert di Sarawak jika tak dibenar di Semenanjung

Seorang datuk bandar di Sarawak menyeru artis dalam dan luar negara membuat persembahan di negeri Borneo itu jika mereka sukar mendapatkan permit untuk mengadakannya di Semenanjung.

Datuk Bandar Miri, Adam Yii, berkata peraturan di Sarawak tidak seketat Semenanjung berhubung penganjuran konsert, walaupun penganjur perlu memastikan adat resam tempatan dihormati.



“Jika permit (untuk konsert) tidak dapat diperoleh di Semenanjung, datanglah ke Miri. Sebagai datuk bandar, saya akan menyokong dan membantu sepenuhnya dalam memastikan penganjuran konsert berjalan lancar.

“Artis patut menganggap Miri sebagai lokasi utama mengadakan konsert di Malaysia. Kami amat mengalu-alukan kedatangan anda,” katanya, lapor The Borneo Post.

Yii, yang juga Adun Pujut berkata, Sarawak mempunyai faktor lain yang akan menarik minat artis dan penonton konsert dari seluruh dunia, termasuk tarikan pelancong dan suasana harmoninya.

Beliau percaya, penonton konsert yang datang juga akan mengambil peluang itu untuk melancong ke bahagian lain di Sarawak.



Minggu lalu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kerajaan negeri tidak akan menerima pakai garis panduan baharu kerajaan persekutuan untuk artis luar negara.

Beliau menegaskan, walaupun terdapat peraturan tertentu yang perlu dipatuhi artis, kerajaan negeri akan bertolak ansur.

Katanya, dua artis yang mengambil bahagian dalam Rainforest World Music Festival tahun lalu di Sarawak tidak akan dibenarkan membuat persembahan di negeri lain disebabkan pakaian dan persembahan mereka.

Pihak berkepentingan dalam industri hiburan minggu lalu membangkitkan kebimbangan tentang kesan garis panduan baharu kerajaan persekutuan untuk penganjuran konsert.



Garis panduan itu, yang akan berkuat kuasa tahun depan, melarang artis luar negara mengadakan konsert besar dan persembahan secara langsung sehari sebelum cuti umum Islam dan pada hari cuti itu sendiri.

Larangan itu meliputi seluruh bulan Ramadan, Awal Muharram, Maulidur Rasul, Israk Mikraj, Nisfu Sya’ban, Nuzul Quran, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Peraturan baharu lain termasuk artis lelaki dilarang berpakaian seperti wanita, dan kedua-dua artis lelaki dan perempuan dilarang menanggalkan sebarang pakaian semasa persembahan. FMT

Buat konsert di Sarawak jika tak dibenar di Semenanjung



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)



Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz

Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker