Ramai mangsa rogol buat Tiz diserang panik

Ramai mangsa rogol buat Tiz diserang panik

Bukan niat hendak menayang badan, sebaliknya teraju utama drama bersiri Liar, Tiz Zaqyah berharap mesej yang ingin dikongsikan berkaitan kes rogol sampai kepada penonton.

Setidak-tidaknya, wanita yang menjadi mangsa kerakusan lelaki, tahu langkah wajar diambil sekiranya terjadi kepada mereka.



Bagaimanapun, Tiz berkata, hanya babak yang benar dirasakan penting sahaja dipaparkan, bukan untuk mengejar rating.

“Apa yang penting, saya bukan sengaja menayang badan untuk orang tengok. Sebaliknya ada mesej yang cuba disampaikan dalam drama Liar seperti apa yang perlu dilakukan wanita selepas dirogol.

“Sekiranya ada yang ingin menjadikan perkara ini sebagai isu terpulanglah. Bagi saya, ambil mesej positif, manakala apa yang buruk dijadikan teladan.

“Lagipun, kami hanya lakukan dengan pengarah dan krew wanita sahaja untuk babak agak sensitif seperti menjalani pemeriksaan di hospital selepas diperkosa,” katanya.



Menurut Tiz lagi, pengarah wanita, Lim Siu Min juga akan berbincang dengannya terlebih dahulu sebelum melakukan babak untuk memastikan keselesaannya.

Katanya, produksi akur dengan permintaannya jika tidak selesa untuk melakukannya.

“Saya perlu bermain emosi dalam drama 12 episod ini. Watak Lara Sulaiman boleh dikatakan paling mencabar sepanjang kerjaya selama 17 tahun.

“Ini kerana saya sentiasa bermain dengan emosi. Saya juga hampir terkena serangan panik apabila melihat terlalu banyak poster ditampal di dinding mengenai kes rogol ketika menjalani babak pemeriksaan selepas dirogol.



“Selain itu, bukan mudah membawakan watak seseorang yang berperang dengan masalah kesihatan mental.

“Saya punya tertekan membawakan watak Lara sehingga tidak sabar menunggu penggambaran habis setiap hari. Ini kerana saya juga tidak sabar menukar pakaian dipakai Lara,” katanya.

Walaupun Liar adalah adaptasi antarabangsa daripada calon siri thriller terbaik di BAFTA Awards dan British Screenwriters’ Award, namun Tiz mengelak menonton drama itu kerana tidak mahu terbawa-bawa ‘mood’ pelakon asal drama itu.

“Saya tidak melakukan rujukan dengan menonton drama ini sebab saya tidak mahu terkeliru.



“Apa yang penonton saksikan adalah asli daripada saya dan juga bantuan pengarah drama,” katanya yang mendapat watak Lara selepas melalui proses uji bakat sebanyak tiga kali.

Tiz mencipta nama lewat drama bersiri popular, Nur Kasih pada 2009, mengakui dia kini lebih selektif dalam pemilihan watak.

Katanya, dia hanya akan menerima satu drama setiap tahun kerana tidak mahu terlepas peluang untuk menjayakan filem sekiranya terlalu sibuk dengan drama.

Liar mengisahkan dua insan bertemu dalam temu janji, namun semuanya berubah di luar jangkaan.



Seorang memperdaya, manakala seorang lagi diperdaya. Kerana kuasa, penipuan mampu memadamkan kebenaran.

Selain Tiz, drama Liar turut dibintangi Datuk Jalaluddin Hassan, Tony Eusoff, Ezzaty Abdullah, Wan Raja, Nadiya Nisaa, Atilia Haron, Nazrief Nazri, Haridhass Selvaraju, Naz Rahman, Nas-T, Aniq Suhair, Farah Ahmad, Joyce Harn dan Charles Roberts.

Drama Liar diarahkan tiga pengarah iaitu Jason Chong, Imri Nasution dan Lim Siu Min. Liar ditayangkan di Astro Go dan Astro Ria. BH

Ramai mangsa rogol buat Tiz diserang panik



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rintihan hati Ali Puteh

Diana peroleh hadanah interim dua anak

Ini kata mahkamah kepada Farid dan Diana

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker