Qasrina cuba pikat Mierul Aiman?

Qasrina cuba pikat Mierul Aiman?

“Jangan risau, saya tak akan ambil, kami hanya kawan dan bergandingan bersama,” demikian kata pelakon Qasrina Karim mengulas hubungannya bersama Mierul Aiman selepas menjayakan drama Imam Instant Ustazah Scammer.

Ia susulan Qasrina atau nama sebenarnya, Qasrina Abdul Karim, 26, mendedahkan menerima mesej berbaur amaran peminat pelakon yang juga juara program pencarian bakat, Hero Remaja 2021.



Qasrina berkata, kebanyakan mesej peminat Mierul yang diterima dalam Instagram (IG) memintanya supaya tidak terlalu rapat dengan pelakon yang mula digilai ramai selepas menjayakan drama rantaian Projek: High Council, baru-baru ini.

“Ada beberapa peminat mesej dan marah saya. Malah, ada juga memberi amaran melarang saya mengambil Mierul daripada mereka.

“Mungkin ada yang cemburu sebab saya berlakon bersama Mierul dalam drama Imam Instant Ustazah Scammer. Tetapi, tidak mengapa saya faham sahaja,” katanya kepada BH Online.

Qasrina mula terjun ke bidang lakonan pada 2021 menerusi filem Siapa Tutup Lampu? memahami Mierul atau nama sebenarnya, Muhammad Amirul Aiman Norazman, 25, mempunyai kelompok peminat yang ramai.



Bagaimanapun, Qasrina tidak menafikan ada peminat mahu melihat mereka benar-benar menjalin hubungan cinta.

“Apapun, saya faham Mierul mempunyai peminat ramai pengikut dan ada juga terbaca permintaan peminat mahu kami bersama.

“Ada juga setuju jika kami bersama,” katanya ditemui pada majlis tayangan perdana program Ramadan Astro 2023, baru-baru ini.

Sementara itu, Qasrina meluahkan rasa syukur apabila bakat lakonannya mula dihidu pelbagai syarikat produksi yang memberi peluang menimba ilmu bersama penggiat seni lebih berpengalaman.



“Alhamdulillah, rezeki dalam bidang lakonan semakin rancak. Boleh dikatakan, satu demi satu tawaran masuk.

“Sudah ada beberapa tawaran lakonan diterima, cuma perlu mengambil masa memilih yang sesuai sebelum memberikan kata putus.

“Bagi saya, setiap perkara dilakukan dalam bidang seni adalah proses pembelajaran. Sejujurnya, saya tak pernah merasakan saya sudah bagus.

“Saya hanya cuba buat apa yang terbaik,” katanya.



Ditanya usaha terus memantapkan corak lakonannya, Qasrina yang juga sering mengambil tawaran sebagai model tudung berkata, dia akan sentiasa menuntut ilmu lakonan dengan mereka lebih berpengalaman.

“Perancangan mengikuti kelas lakonan supaya baiki setiap kekurangan yang ada. Saya rasa masih perlu banyak belajar lagi.

“Setiap kali saya berada di lokasi penggambaran, saya memang akan belajar daripada pelakon lebih senior.

“Kadang-kadang, saya ambil masa untuk berbincang dan bertukar pendapat supaya dapat belajar perkara baharu,” katanya.



Terdahulu, drama Imam Instant Ustazah Scammer ditayangkan setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria menjadi antara topik paling hangat diperkatakan netizen dalam aplikasi Twitter.

Drama arahan Hadith Omar turut menampilkan Hun Haqeem dan Mira Filzah selaku teraju utama.

Qasrina adalah lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris.

Pernah membintangi filem Kongsi Raya arahan Teddy Chin bersama beberapa pelakon lain seperti Wilson Lee, Harith Iskander, Erra Fazira dan Chew Kin Wah. BH



Qasrina cuba pikat Mierul Aiman

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya maafkan, tapi tak akan lupa perbuatan Sophia

Athira Yuhada saman Nurul Shuhada

Korek hidung batal puasa?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker