Pontianak 100KG

Pontianak 100KG

APABILA bercerita tentang pontianak, pasti susuk tubuh yang kurus dengan rambut panjang mengurai tergambar dalam fikiran.

Namun, dalam siri original Tonton yang terbaharu, Pontianak 100KG lain daripada yang lain!

Ia dibintangi oleh Aya Amiruddin sebagai pontianak yang ‘mengganas’ di sebuah kampung dan mempunyai sedikit kelainan kerana pontianak ini berbadan besar dan beratnya mencecah 100KG.

Paling merunsingkan, pontianak ini sering mengganggu penduduk kampung di waktu malam untuk mencari makanan dan menghabiskan kesemuanya.

Biarpun pelbagai usaha dilaksanakan oleh penduduk kampung yang diketuai Pak Bayang lakonan Kazar Saisi dalam menyelesaikan isu ini, namun tiada yang berkesan dan pontianak itu masih berkeliaran serta berleluasa di kampung berkenaan.

Dharma lakonan Mathni Razak, Salleh lakonan Mark Adam dan Malik lakonan Wanns Ahmad merupakan pemuda-pemuda kampung yang sama sekali tidak membantu dalam memberikan sumbangan idea yang bernas untuk menyelesaikan masalah itu.

Kehadiran Jibam lakonan Ady Mohammad yang lebih proaktif bagai memberi sinar kepada Pak Bayang, namun muncul pula konflik lain.

Persoalannya, berjayakah penduduk kampung menyelesaikan masalah serangan Pontianak 100KG ini?

Jangan terlepas untuk menyaksikan siri original Tonton yang terbaharu ini di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton. HM

Pontianak 100KG

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rintihan hati Ali Puteh

Diana peroleh hadanah interim dua anak

Ini kata mahkamah kepada Farid dan Diana

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker