Daniel Fong latih diri berpuasa

Daniel Fong latih diri berpuasa

Pelakon Daniel Fong menyatakan keinginan untuk belajar berpuasa sempena bulan Ramadan sebagai salah satu cara menghormati masyarakat Melayu beragama Islam di negara ini.

Daniel atau nama sebenarnya, Daniel Fong Weng Chuan berkata, selepas mendapat galakan daripada selebriti berbangsa Cina, Dr Soo Wincci yang sentiasa mengambil peluang berpuasa sepanjang Ramadan dia enggan melepaskan peluang berharga itu.

“Sebelum ini belum berkesempatan untuk berpuasa. Memang nak cuba pada minggu kedua Ramadan selepas pulang dari Jepun atas urusan kerja.

“Jujur ramai yang memberi motivasi untuk saya belajar berpuasa. Tambah pula, saya kini banyak bergaul dengan orang Melayu di set penggambaran.

“Dr Soo Wincci sendiri pun turut beri galakan ketika kami bertemu di sebuah projek drama baru-baru ini.

“Saya sangat terinspirasi melihat betapa dia cuba untuk berpuasa. Saya tidak akan dapat merasai pengalaman itu kalau tidak cubanya sendiri,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Daniel meluahkan rasa teruja apabila penantian selama beberapa tahun mengintai peluang dalam dunia lakonan akhirnya membuahkan hasil lumayan.

“Saya akhirnya diberi amanah untuk mengalas watak utama buat kali pertama dalam drama bersiri Bintang untuk siaran TV3.

“Sebelum ini saya pernah bawa watak utama dalam telefilem seperti Bella, Bila Cinta Bersatu dan Mualaf Ekspress.

“Pada awalnya saya akui kesukaran untuk menembusi pasaran drama Melayu memandangkan saya berbangsa Cina, tapi saya cuba belajar dan memperbaiki mutu lakonan saya dari semasa ke semasa,” katanya. HM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya maafkan, tapi tak akan lupa perbuatan Sophia

Athira Yuhada saman Nurul Shuhada

Korek hidung batal puasa?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker