Konsert dakwah Wings

Konsert dakwah Wings

ADA pelbagai warna dan cerita sepanjang hampir empat dekad kumpulan Wings bergelumang dalam industri muzik tanah air.

Kebanyakan cerita-cerita ini agak negatif terutamanya membabitkan penyanyi utamanya, Datuk Awie yang menghiasi dada akhbar dan majalah dengan cerita panas ketika itu.

Bagaimanapun semua itu kisah lama kerana seiring dengan peredaran usia, Awie, Syam (gitar), Edrie (gitar), Eddie (bass) dan Black (dram) sudah jauh berubah.

Kini, selain konsert biasa, Wings sudah tujuh kali terbabit dengan persembahan sempena Ramadan termasuk yang terbaru Semarakkan Malam Cinta Ramadan Wings.

Persembahan yang akan berlangsung di sebuah hotel di ibu negara pada April ini bakal diisi dengan lagu-lagu bercorak dakwah dan ketuhanan serta membawa perjuangan-perjuangan yang indah.

“Pada usia kami melebihi 50-an sekarang, ada perbezaan yang berlaku berbanding awal-awal pembabitan yang sedikit rock n roll.

“Sekarang pun masih rock n roll. Namun kita masing-masing nak cari jalan pulang yang baik. Kita tak sentiasa muda, satu hari akan tua juga. Kita juga tak sentiasa gembira kerana satu hari akan berduka. Jadi kena beringat kita ada sisi negatif dan positif,” kata Awie.

Menurutnya, setiap pihak jangan asyik nak hentam dan menjatuhkan orang dan sebaliknya sama-sama bangunkan orang itu.

“Seseorang itu kalau nak bergerak ke arah negatif, bangunkan dia ke arah kebaikan. Bantulah sama-sama. Wings masih kekal dengan identiti muzik asal. Kita tak menolak rock n roll. Cuma kita nak ajak orang ke arah yang lebih baik. Rock tetap rock tapi ada Islamiknya.

“Terima kasih kepada anggota Wings yang begitu bersemangat, begitu akrab dalam menjayakan sesuatu benda dalam karier kami,” katanya.

Sepanjang tahun lalu, Wings bekerja keras menjayakan pelbagai persembahan. Saya membayangkan mungkin persembahan ini adalah projek terakhir untuk Ramadan,” katanya.

“Kita hanya mampu merancang kerana segala-galanya terletak pada ketentuan Allah. Kita merancang nak berhenti tapi kalau Allah kata teruskan, maknanya ada lagi sambutan.

“Ini semua cabang rezeki. Bukan saya kata nak berhenti sepenuhnya, tapi mungkin ia tempoh untuk bertenang. Kemudian kita datang semula dengan hasil-hasil yang lebih baik

“Untuk kali ini pastinya kita nak buat yang terbaik. Cari lagu-lagu yang sedap-sedap untuk dinyanyikan. Kita nak ceritakan tentang kebaikan keagamaan. Ia satu kelainan positif dan jadi ikutan. Benda yang baik buatlah. Rasanya tak salah pun,” katanya.

November tahun lalu, anggota Wings mengerjakan umrah buat kali pertama. Awie menganggap ia adalah sesuatu yang positif bagi mereka.

“Apa yang kita buat ini kita pandang sebagai satu semangat dan satu benda yang baik, ke arah yang lebih baik. Alhamdulillah saya rasa kita patut sama-sama rasa bangga dengan perubahan positif pada Wings. Tahun 2023 Wings akan tampil sesuatu yang lain.

“Kami lama berehat dan hanya baru sekarang tampil semula. Untuk tahun ini, kita rancang satu konsert yang dapat beri semula kepada masyarakat yang menyokong Wings,” katanya.

Menurutnya, Wings akan tampil dengan konsert harga marhaen di lokasi-lokasi luar bandar seperti kampung-kampung. Gaji kami kecil tak kisah asalkan peminat dapat hadir menonton. Syaratnya jelajah ini kena buat banyak tempat,” katanya. HM

Konsert dakwah Wings

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine

Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah

Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker