Kau aniaya anak isteri, takkan nak sokong – Ibu Syamsul

“Saya Bukan Ibu Yang Baik Kalau Sokong Anak Buat Salah & Aniaya Isteri” – Datin Patimah

Kau aniaya anak isteri, takkan nak sokong – Ibu Syamsul

Ibu kepada pengarah, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail tampil menjawab tomahan netizen yang menggelar dirinya sebagai ibu derhaka kerana lebih menyokong menantu, Puteri Sarah Liyana daripada anaknya sendiri.

Menurut Datin Patimah, seseorang wanita yang bergelar ibu pastinya tidak mahu melihat anak mereka tersesat jalan.

Bukan itu sahaja, isteri kepada Yusof Haslam itu menegaskan dia tidak akan sesekali menyokong perbuatan salah yang dilakukan anaknya.

Kalau awak jadi ibu, nak ke tengok anak awak sesat ke neraka! Saya bukan seorang ibu yang baik kalau menyokong anak buat salah dan aniaya isteri yang melahirkan cucu-cucu saya.

Dalam pada itu, Datin Patimah menyelar individu yang turut menggelarkan dirinya seperti ibu tiru kepada Syamsul.

Mungkin awak bapa kepada penyondol yang tak pernah bagi nasihat yang baik!

Terdahulu, Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Tidak mendiamkan diri, Puteri Sarah kemudiannya memfailkan hak penjagaan anak-anak (hadanah) penuh di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur. HM

Kau aniaya anak isteri, takkan nak sokong – Ibu Syamsul

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine

Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah

Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker