Sol minta maaf ibu, tak boleh ceraikan

Syamsul tidak berniat membelakangi ibunya dan soal berkahwin dua adalah urusannya dengan Yang Maha Esa.

Sol minta maaf ibu, tak boleh ceraikan

“Sekiranya agama Islam menetapkan perlu meminta kebenaran ibu adalah rukun wajib untuk berkahwin, saya akan berbuat sedemikian,” demikian tegas pelakon dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof mengulas keputusan mengahwini Ira Kazar biarpun mendapat tentangan ibunya, Datin Patimah Ismail.

Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, berkata dia tidak berniat membelakangi ibunya dan soal berkahwin dua adalah urusannya dengan Yang Maha Esa.

Bagaimanapun, Syamsul berkata, tetap berlapang dada dengan memohon maaf kepada ibunya selain menyifatkan masalah rumah tangga yang dihadapi bersama isteri pertama, Puteri Sarah Liyana adalah ujian bersama.

“Saya faham sebagai ibu mesti sangat sedih. Saya juga faham ibu terluka, tetapi kalau boleh jangan dikongsikan dalam media sosial.

“Ini bukan permainan hendak suruh sokong isteri kedua atau pertama, macam saya cakap ibu tak tahu cerita sebenar. Saya minta maaf ibu, masa akan menentukan segala-galanya,” katanya.

Dalam masa sama, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu menjelaskan, dia masih tidak mampu memenuhi permintaan ibunya yang menuntut menceraikan Puteri Sarah.

“Saya ada menghubungi ibu, tetapi tak perlu cakap, semua orang tahu ibu marah saya. Sebagai anak memang sedih, tetapi tidak sedikit pun rasa sakit hati dengannya, dia tetap ibu saya.

“Mungkin ibu mahu saya menceraikan Puteri Sarah sekarang, tetapi saya tidak boleh buat begitu. Saya minta maaf ibu.

“Ibu cakap saya kena sihir dan macam-macam lagi, tetapi saya sudah buat solat istikharah. Orang tuduh Ira hantar sihir, tetapi bukan, keputusan ini (kahwin dua) saya yang buat,” katanya ditemui pada sidang media khas bersama Syamsul di Wangsa 118, Wangsa Maju, semalam.

Terdahulu, Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Antara alasannya adalah meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, masih menghubungi bekas kekasih, enggan mematuhi notis nusyuz dan membuat fitnah terhadap Syamsul seperti memukul serta tidak memberi nafkah.

Ia disusuli tindakan Puteri Sarah memfailkan hak penjagaan anak (hadanah) terhadap dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, semalam. BH

Sol minta maaf ibu, tak boleh ceraikan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tak rasa bersalah ke jadi penyondol?

Farid Kamil, jumpa di mahkamah – Syamsul

Ramadhan telah tiba, jangan lakukan 10 perkara ini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker