Adam, Sweet masak juadah berbuka puasa

Adam, Sweet masak juadah berbuka puasa

Pasangan selebriti, Adam Lee dan Sweet Qismina meluahkan rasa teruja apabila bakal menyambut Ramadan pertama mereka sebagai suami isteri.

Sweet berkata, mereka cuba meluangkan masa bersama dalam menikmati bulan mulia itu.

“Ini kali pertama saya dan suami berpuasa bersama sebagai suami isteri. Kami sebolehnya cuba meluangkan masa dengan keluarga.

“Sebab kami takut akan fokus lebih kerjaya tahun akan datang. Sebab kesibukan kerjaya tidak menentu sebelum tahun sebelum ini.

“Saya rasa tiada halangan susun jadual elok-elok. Sudah tentu saya nak meluangkan masa bersama Adam pergi tarawih, berbuka, bersahur dan nak masak juga.

“Kali pertama kami berbincang raya tahun ini nak pergi rumah siapa, sebelum ini tak pernah,” kata Sweet.

Adam dan Sweet ditemui selepas Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini.

Lebih empat bulan berkahwin, Adam dan Sweet sentiasa berpegang teguh kepada pesanan keluarga dalam mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga.

“We are Ying and Yang’. Sebab itulah kami disatukan bersama. Rasanya apa-apapun Adam selalu ingatkan saya bagaimana nak wujudkan persefahaman dalam perbincangan.

“Gaduh macam mana pun, nasihat keluarga jangan tidur katil berasingan. Jadi, benda itu kami praktikkan dan Alhamdulillah doakan hubungan kami berkekalan,” ujarnya.

Mengulas persiapan menyambut ibadah berpuasa sebagai suami isteri, Adam mempunyai rancangan menyambut puasa pertama mereka.

“Saya sendiri ada latar belakang keluarga mahir memasak. Saya pun boleh sikit-sikit memasak, isteri saya pula memang pandai masak, awal kahwin pun sudah memasak.

“Untuk Ramadan kali ini mungkin kami masak dan pergi bazar bersama.

“Secara kebetulan, kami baru sahaja beli buku 101 resipi. Jadi, mungkin boleh guna untuk Ramadan ini,” seloroh Adam.

Dalam perkembangan lain, Adam dan Sweet juga bakal bergandingan sekali lagi dalam drama Malam Zulaika yang bakal menghiasi slot Samarinda di TV3, tidak lama lagi.

Adam dan Sweet mendirikan rumah tangga pada 24 oktober 2022 selepas setahun mengikat tali pertunangan. XTRA

Adam, Sweet masak juadah berbuka puasa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tak rasa bersalah ke jadi penyondol?

Farid Kamil, jumpa di mahkamah – Syamsul

Ramadhan telah tiba, jangan lakukan 10 perkara ini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker