Didie Alias pasang 30 bodyguard

Didie Alias pasang 30 bodyguard

Pelakon Didie Alias mengambil pendekatan menyediakan seramai 30 pengawal keselamatan untuk mengawal ketat kawasan persekitaran Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) sepanjang berlangsungnya acara Stylofest Mega Raya 2023 pada 14 hingga 17 April depan.

Didie yang juga penganjur Stylofest Mega Raya 2023 berkata, tindakan tersebut dibuat selepas mengambil iktibar atas kejadian menimpa pelakon Kamal Adli yang diserang seorang individu tidak dikenali semasa acara Hari Raya Mega Sales 2023 di Singapore Expo, Singapura pada 12 Mac lalu.

Ujar pelakon berusia 51 tahun itu lagi, setiap pergerakan selebriti yang terlibat dalam acara berkenaan juga akan dipantau ketat petugas keselamatan, manakala pengunjung yang hadir perlu membuat imbasan kehadiran untuk masuk ke perkarangan WTCKL.

“Setiap pengunjung yang datang nanti perlu imbas (scan) dan isi maklumat peribadi dahulu sebelum datang ke acara kami nanti.

“Terdapat 30 orang petugas keselamatan akan memantau kawasan persekitaran. Jadual kehadiran artis juga kita telah siapkan supaya tahu pergerakan mereka.

“Untuk memastikan kejadian tidak diingini berlaku, pengunjung juga akan diperiksa melalui ‘body screening’ bagi memastikan mereka tidak membawa sebarang peralatan atau senjata merbahaya ketika ke acara itu nanti,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd. Ali lagi, kejadian yang menimpa Kamal di Singapura memang mengejutkan dan sebagai penganjur, dia perlu mengambil pendekatan berjaga-jaga supaya kejadian serupa tidak berulang.

“Saya sudah 10 tahun terlibat dalam penganjuran acara festival raya. Jadi kejadian yang berlaku ke atas Kamal Adli di Singapura baru-baru ini membuatkan saya sedar dan perlu lebih berhati-hati supaya tidak berulang kejadian seperti itu,” jelasnya.

Sementara itu bercakap tentang penganjuran Stylofest Mega Raya 2023, pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu lebih senang menguruskannya sendiri tanpa bantuan rakan kongsi selepas insiden ditipu yang menimpanya pada 2021.

Kata Didie, dia serik selepas ditipu rakan kongsi sehingga perlu menanggung kerugian mencecah ratusan ribu ringgit.

“Lebih baik saya buat sendiri bersama suami. Kalau bergaduh pun, hanya melibatkan kami. Sebelum ini rakan kongsi pernah pecah amanah dan disebabkan itu saya terpaksa membayar ratusan ribu kepada peniaga terlibat,” kongsi Didie ketika ditemui di sidang media Stylofest Mega Raya 2023 di WTCKL, semalam.

Stylofest Mega Raya 2023 yang bakal berlangsung selama 73 jam tanpa henti pada 14 hingga 17 April nanti melibatkan penyertaan lebih 40 artis yang menjual pelbagai produk mereka.

Selain itu, Didie turut menawarkan sekitar 50 buah ‘gerai rahmah’ untuk peniaga yang kurang berkemampuan bagi sama-sama terlibat dalam acara tersebut nanti. K Online

Didie Alias pasang 30 bodyguard

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Farid Kamil tak dapat jumpa anak, dihalang masuk rumah?

Pemandu warga emas ditumbuk, disepak dan rambut ditarik

Mahathir terus-menerus tibai Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker