Tanyalah Diana, apa masalah dia – Farid Kamil

Tanyalah Diana, apa masalah dia – Farid Kamil

Aktor dan pengarah sensasi, Farid Kamil yang kini berdepan kemelut rumah tangga selepas isterinya, Diana Danielle memfailkan tuntutan cerai, pagi ini.

Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari, 42, berharap isu rumah tangganya dapat diselesaikan dengan jalan perdamaian.

Katanya, keengganannya melafazkan talak juga disebabkan masih sayangkan keluarganya.

“Saya ingin selamatkan keluarga menerusi jalan perdamaian di mahkamah. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah.

“Saya masih sayangkan Diana dan tentunya, dua cahaya mata, Muhammad dan Aurora,” katanya kepada BH Online.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada November 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad, 10, dan Aurora, 7.

Dalam pada itu, pelakon filem Anwar: The Untold Story itu menafikan wujud krisis antaranya dan Diana hingga membawa keretakan dalam hubungan mereka.

“Sebenarnya, tiada apapun yang berlaku. Sebagai suami, saya tiada masalah.

“Tanyalah Diana, apa masalah dia,” ujar Farid ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.

Biarpun berdepan konflik rumah tangga, Farid berkata, isu keretakan rumah tangga tidak langsung mengganggu emosinya.

“Ketika ini, saya sedang sibuk di lokasi penggambaran. Alhamdulillah, fokus saya kini lebih kepada mencari nafkah,” katanya.

Terdahulu, berita kemelut rumah tangga pasangan ini timbul selepas Diana dilaporkan memfailkan permohonan cerai terhadap Farid pada awal bulan ini atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Permohonan cerai disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di Shah Alam, pagi ini.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP). HM

Tanyalah Diana, apa masalah dia – Farid Kamil

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Donald Trump bakal ditangkap esok

Mahathir tuduh kerajaan Anwar diktator

Saingan naib presiden Umno, hanya beza 6,000 undi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker