Suami Julia Farhana Didakwa Lari Dari Bayar Hutang Sebanyak RM150,000?

Suami Julia Farhana Didakwa Lari Dari Bayar Hutang Sebanyak RM150,000?

Seorang doktor wanita didakwa telah membuat tuntutan hutang kepada suami kepada pelakon Julia Farhana, Dr Che Muhammad Hafiz sebanyak RM150,000.

Gagal membayar wang pelaburan membuka klinik



Dr Hafiz didakwa gagal membayar semula wang pelaburan tersebut kepada seorang doktor wanita yang enggan dikenali identitinya bagi menjalankan operasi membuka sebuah klinik di Cyberjaya, Selangor.

Difahamkan klinik tersebut sepatutnya mula beroperasi pada Januari tahun lalu setelah doktor wanita tersebut bersetuju melaburkan wangnya.

Lebih parah lagi, doktor wanita itu perlu menampung kos pembelian kelengkapan klinik dengan menggunakan wangnya sendiri untuk memulakan operasi klinik.

Susulan itu, peguam Zawia Najah Badrul Hisham telah memaklumkan bahawa Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah mengarahkan Dr Hafiz dan seorang lagi rakan kongsi untuk menjelaskan pembayaran wang tersebut sejak 10 Jun 2022 lagi.



Disebabkan itu, doktor wanita terbabit merasakan Che Hafiz dan rakannya itu sengaja melengah-lengahkan tuntutan bayaran tersebut.

Selain tuntutan wang pelaburan tersebut, plaintif juga menuntut tunggakan gaji sebanyak RM16,000 bagi dua bulan awal klinik beroperasi.
Sumber: BOOM!

Suami Julia Farhana Didakwa Lari Dari Bayar Hutang Sebanyak RM150,000?

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Donald Trump bakal ditangkap esok

Mahathir tuduh kerajaan Anwar diktator



Saingan naib presiden Umno, hanya beza 6,000 undi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker