Rezeki tak salah alamat

Rezeki tak salah alamat

SIAPA sangka, walaupun nama Anna Jobling boleh dikatakan berada di kemuncak kerjaya dan menghimpun jumlah peminat yang besar, dia masih terpaksa berdepan kecaman.

Berjaya menggenggam trofi Pelakon Wanita Drama Popular di Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 (TADS2023) baru-baru ini, Anna dihambat pula dengan kata-kata daripada beberapa pihak yang mempertikaikan kemenangannya.

Berkesempatan bertemu pelakon yang popular menerusi drama bersiri Melur Untuk Firdaus ini, Anna berkongsi bagaimana dia melihat segala yang berlaku dari sudut positif.

“Ada yang kata saya tak layak menang dan sebagainya. Tapi, saya rasa setiap yang berlaku itu adalah rezeki dan rezeki tak pernah salah alamat.

“Saya jenis orang yang buat hal saya sendiri dan lakukan kerja saya. Saya pun malas nak layan kata-kata negatif itu, tapi kadangkala ada juga tohmahan yang keterlaluan.

“Saya terkilan juga bila ada yang mempersoalkan, tapi pada masa sama saya dah menang pun. Takkan nak bagi balik trofi itu. Jadi, apa salahnya kalau kita tumpang gembira dengan kejayaan orang lain,” katanya.

Menurut Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, rencah hidup sebagai selebriti tentunya tidak akan terlepas daripada dijatuhkan.

“Kebanyakan masa apabila dikecam, saya sedih juga. Tapi, bila fikirkan semula, mereka tak kenal saya dan saya pun tak kenal mereka. Kalau ada orang yang menjatuhkan kita, itu perkara biasa terutama bila kita berada di satu tahap.

“Orang yang mungkin dah memendam satu perasaan akan luahkan dan cuba jatuhkan. Tapi, kita kena sentiasa berdoa yang baik-baik dan buat apa yang kita suka,” katanya.

Kehadiran drama bersiri Melur Untuk Firdaus 2 juga menjadi satu lagi projek yang dinantikan Anna dan pada masa sama menantikan reaksi penonton.

“Sejujurnya saya gementar juga menantikan tayangan musim kedua ini sebab tak tahu bagaimana penerimaan penonton. Tapi, apa pun musim kedua ini umpama satu musim untuk penonton yang sudah menonton Melur Untuk Firdaus dari musim pertama.

“Saya tak jangkakan apa-apa dalam musim pertama, jadi dalam musim kedua ini ada harapan dan jangkaan yang saya letakkan,” katanya.

Ditanya sama ada dia berhadapan tekanan untuk mengekalkan momentum dari musim pertama, Anna berkata, semua yang terbabit bekerja secara santai.

“Kalau nak bercerita mengenai tekanan, ada sedikit, tapi saya rasa dalam pembikinan untuk musim kedua ini, kami semua berseronok dan tak terlalu banyak berfikir. Memang proses penggambaran berjaya dengan menyeronokkan,” katanya.

Drama bersiri itu juga, sekali gus mengaitkan nama Anna dengan gandingannya, Meerqeen sehingga penonton menggabungkan nama kedua-dua mereka dalam tanda pagar #meerna.

“Mungkin keserasian kami sangat kuat, sekali gus membuatkan peminat rasa, kami adalah pasangan. Tapi, kami kekalkan profesionalisme kami walaupun rapat.

“Bila ada peminat yang wujudkan gabungan nama #meerna, saya rasa sangat terharu dan bersyukur sebab ada peminat yang sentiasa mengundi dan sokong,” katanya.

Di kesempatan itu juga, Anna turut berkongsi mengenai projek terbaharunya dengan jenama DD Cat menerusi pelancaran Baju Raya Kucing DD Cat.

“Projek baju raya untuk kucing ini sangat menyeronokkan sebab saya terbabit dalam perbincangan untuk rekaan, material dan sebagainya. Kami bekerja sebagai satu pasukan dari mula hingga proses akhir,” katanya.

Cukup dikenali sebagai pencinta haiwan, Anna menyimpan impian untuk membeli tanah dan membuka pusat perlindungan kucing.

“Saya pernah menyelamatkan pelbagai haiwan antaranya kucing, anjing, tikus, monyet dan kelawar. Saya menyimpan impian untuk membuka pusat perlindungan kucing. Kalau ada rezeki, saya nak beli tanah dan buka pusat perlindungan itu.

“Dari kecil lagi saya sudah dididik menyayangi haiwan. Kucing adalah terapi untuk saya, contohnya bila balik dari kerja, keberadaan mereka menyambut kepulangan kita sangat membantu melegakan kepenatan,” katanya. HM

Rezeki tak salah alamat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Donald Trump bakal ditangkap esok

Mahathir tuduh kerajaan Anwar diktator

Saingan naib presiden Umno, hanya beza 6,000 undi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker