Maya Karin dilamun cinta?
Maya Karin dilamun cinta?
Aktres Maya Karin, 43, mengakui sedang mengenali hati budi seorang jejaka kacukan Perancis berusia awal 40-an.
Bagaimanapun, Maya belum bersedia berkongsi lanjut identiti jejaka berkenaan, meskipun dilihat duduk bersebelahan di majlis pelancaran minyak wangi By Maya Karin di Pusat Dagangan Dunia, WTC, petang semalam.
Maya berkata, kehadiran jejaka itu ke majlisnya tidak membuktikan hubungan istimewa, namun menghargai usaha dan sokongannya.
“Sebenarnya, tiada apa yang perlu dikongsikan. Ini kerana semua yang datang ke majlis ini adalah keluarga dan teman terdekat yang saya sayangi dan menyayangi saya.
“Jadi, saya bertuah mendapat sokongan begitu kuat. Jujurnya, saya sedang menikmati kehidupan saya.
“Kita tengoklah sejauh mana hubungan kami. Ini kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya.
“Namun, sekarang saya merasakan sangat terbuka menjalinkan hubungan atau persahabatan lebih dari normal,” katanya kepada BH Online.
Mengenali jejaka itu sejak tahun lalu, Maya berkata, perkenalan masih pada tahap awal dan belum boleh digelar sebagai kekasih.
“Belum boleh digelar sebagai teman istimewa, tetapi cukup rapat yang mana si dia sanggup datang ke majlis ini,” katanya.
Bertanya harapan ke peringkat lebih serius memandangkan sudah 13 tahun tiada teman hidup, Maya berkata, dia memilih menyerahkan semuanya kepada jodoh.
“Saya hanya berjalan mengikut arus, saya tiada tujuan ke arah lain lagi. Tetapi, semestinya saya terbuka berkahwin lagi dan mencari pasangan hidup, namun saya tidak meletakkan harapan.
“Sebabnya, saya pernah jatuh cinta selepas saya bercerai, hati berbunga-bunga, tetapi akhirnya putus. Sakit hati.
“Jadi, sekarang saya lebih matang dan kalau jadi, jadilah. Saya mahu menjaga hati sendiri.
“Ini kerana insan paling menjaga hati kita adalah diri sendiri.
“Itulah kehidupan, kadang-kadang manusia menyakiti kita, jadi saya belajar untuk lebih relaks. Rasanya agak lama lagi untuk kami mengenali satu sama lain,” katanya.
Tambah Maya, dia juga mahu mencari lelaki yang gemar mengembara dan bersikap lasak seperti dirinya.
Sebelum ini, pemenang trofi Aktres Terbaik, Festival Filem Asia Pasifik ke-49 itu pernah mendirikan rumah tangga bersama Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali Abdullah pada 2008, namun perkahwinan berakhir dua tahun kemudiannya.
Maya berkongsi hubungannya bersama jejaka Perancis itu selepas berakhirnya majlis pelancaran produk pertamanya, minyak wangi By Maya Karin.
Mengulas lanjut mengenai wangian By Maya Karin, Maya berkata, mengeluarkan minyak wangi jenamanya sendiri adalah impiannya sejak dahulu lagi.
“Sebenarnya, saya dilamar mengeluarkan minyak wangi sejak sembilan tahun lalu. Tetapi, saya dan rakan kongsi perlahan-lahan mulakan projek ini sejak tiga tahun lalu.
“Jujurnya, saya memang sukakan wangian sejak remaja lagi. Saya sukakan kenangan yang hadir bersama wangian.
“Sebab dulu, saya ada teman lelaki yang mempunyai wangian kegemaran pada usia 18 tahun. Dan 10 tahun berikutnya saya lalu di lapangan terbang, saya teringat akan bauan ini.
“Jadi, saya tidak mahu hanya menjual wangian, tetapi juga kenangan dan pengalaman. Disebabkan itu, saya menghasilkan ia dalam kotak yang cantik boleh diberikan sebagai hadiah,” katanya. BH
Maya Karin dilamun cinta?
Baca Artikel Menarik:
- Negeri mundur, tapi beli Mercedes dan naik elaun wakil rakyat
- Uqasha lapor polis difitnah kaki buli di sekolah
- MP Kepong rayu bantuan nak bayar saman
- Rayu lawat kubur isteri selepas tembak matinya
- Pelajar jatuh cinta pada guru sejak tingkatan 3 akhirnya jadi isterinya yang sah [VIDEO]
- Kehidupan hancur, 6 tahun berkahwin baru tahu isteri rupanya saudara kandung
- Jantung bengkak dan jangkitan kuman, Ustaz Azhar Idrus ditahan di hospital
- ‘Datuk Roy’ juga dikait siasatan penipuan RM2 juta
- Tolak ‘calon proksi’ pada pemilihan ini – Zahid
- Lelaki ‘bertanduk’ meninggal dunia pada usia 140 tahun
- Tukar Pengundi: Taktikal terancang rampas kawasan dalam PRN
- Dah mabuk, pukul polis pula
- Speaker ‘back up’ Wee Ka Siong
Layari Laman Facebook MYKMU.NET