Keakraban Adira dan madunya menjadi bualan ramai
Keakraban Adira dan madunya menjadi bualan ramai
Momen indah penyanyi Adira, 32, menyambut ulang tahun kelahiran madunya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim atau lebih dikenali Datin Red membuat ramai tersentuh dengan keakraban mereka.
Menerusi video dimuat naik semalam, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi berkata sukar untuknya ungkapkan mengenai momen itu dan mengucapkan syukur.
“Selamat hari jadi kakak sayang. Tak tahu nak cakap apa tapi Alhamdulillah. Datang awal sehari sebab esok takut tak sempat singgah,” katanya.
Datin Red turut membalas komen buat penyanyi Ombak Rindu itu mengungkap rasa kesalnya terhadap hubungan antara mereka.
“Terima kasih adikku sayang. Maafkan kakak sebab tak menjadi kakak yang baik,” tulisnya yang turut disertakan emoji hati dan menangis.
Adira yang mesra disapa Yayang membalas ringkas komen itu untuk memohon maaf juga.
“Yayang pun banyak kekurangan kakak. Yayang pun minta maaf,” katanya.
Rata-rata pengikutnya di Instagram sangat kagum betapa kedua mereka lebih utamakan silaturahim.
“Insan terpilih, semoga jannah tempat kamu sekeluarga. Hati itu suci,” demikian antara komen netizen.
Ada yang turut memuji cara Adira menjaga batas dan kedudukannya dengan menghormati Datin Red sebaiknya.
Adira berkahwin dan menjadi isteri kedua kepada Datuk Red atau nama sebenarnya Adenan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayoub yang kini berusia enam bulan. HM
Keakraban Adira dan madunya menjadi bualan ramai
Baca Artikel Menarik:
- Datuk Roy akan ditahan semula lepas bebas dengan jaminan SPRM
- Johari tuntut siasatan susulan Wee ‘ditekan’ atas kenyataan di Parlimen
- Laporan polis terhadap Faizal Azumu dibuat
- Menu Rahmah idea tak masuk akal yang meletup
- Zahid boleh diguling melalui undi tak percaya – Noh
- Kamera dashcam rakam kelibat hantu tengah lebuh raya [VIDEO]
- UMNO tak akan menang walau satu kerusi di Kelantan – Fadhli
- Dulu kaki patah sebelah, sekarang patah lagi satu – Zahid
- Bersatu buat laporan polis terhadap PM, TPM
- Pekerja bunuh majikan guna gergaji rantai
- All England, juara dunia bungkus awal
- Deepak guna nama PMO ugut ahli parlimen
- SPRM tahan empat individu seleweng sukuk lebih setengah billion ringgit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET