Meerqeen tewas di tangan Redza, ini komennya

Meerqeen tewas di tangan Redza, ini komennya

Walaupun tewas dalam persaingan merebut gelaran Pelakon Lelaki Popular pada Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS) 2023 anjuran TV3, Ahad lalu, Meerqeen tidak berkecil hati.

Malah, hero drama rantaian popular, Melur Untuk Firdaus itu tidak kecewa dan menganggap Redza layak meraih gelaran itu.

“Saya tidak kecewa. Bagi saya, Redza layak menang sebab dia salah seorang kawan baik saya. Bagi saya, rezeki orang lain-lain. Jadi, saya tidak kecewa, saya gembira sebab yang menang pun kawan.

“Bakat bukan terletak pada trofi, sebaliknya, diri kita. Jadi, tidaklah saya kecil hati apabila tahu kurangnya undian daripada peminat,” katanya kepada BH Online.

Meerqeen atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam juga tidak iri hati dengan kemenangan pelakon gandingan dalam drama Melur Untuk Firdaus, iaitu Anna Jobling yang menang kategori Pelakon Wanita Popular TADS 2023.

“Saya tidak iri hati. Saya mengaku Anna pelakon hebat dan saya bangga dengan dirinya. Kami kenal diri masing-masing dari kosong.

“Jadi, pencapaian diraih buat saya bangga, lebih lagi, saya ada dalam perjalanan Anna menjadi pelakon yang hebat.

“Saya akan selalu bangga dengan Anna,” katanya.

Pada TADS 2023, drama Melur Untuk Firdaus mengungguli dua kategori iaitu Drama Adaptasi Novel Terbaik dan Pasangan Drama Terbaik menerusi gandingan Meerqeen dan Anna.

Mengulas kemenangan drama Melur Untuk Firdaus pada TADS 2023, Meerqeen gembira drama lakonannya dengan Anna memberi impak kepada penonton.

“Saya pernah cakap, saya dan Anna buat kerja untuk penonton sama merasa dan ‘masuk’ dalam adegan itu.

“Jadi, keikhlasan yang saya dan Anna beri, saya boleh cakap, ia sesuatu yang membanggakan. Kami berjaya bawa penonton merasakan emosi yang diberi.

“Saya bangga dengan apa yang kami buat, orang nampak dan rasa. Alhamdulillah dan terima kasih untuk semua sokongan,” katanya yang terikat dengan penggambaran Melur Untuk Firdaus 2.

Drama 35 episod itu ditayangkan TV3 mulai hari ini. BH

Meerqeen tewas di tangan Redza, ini komennya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker