Dosa Noh Salleh yang paling dahsyat
Dosa Noh Salleh yang paling dahsyat
Vokalis sensasi, Noh Salleh menyifatkan Konsert Patah Hati yang dijayakan di Zepp Kuala Lumpur, semalam sebagai satu tema berkait rapat dengan kisah hidupnya.
Noh atau nama sebenarnya, Mohammad Noh Salleh, 38, berkata persembahannya adalah suatu yang istimewa memandangkan ia jatuh pada hari jadinya dan turut dihadiri oleh ibu bapanya.
“Saya ingin mengambil kesempatan pada hari jadi saya ke-38. Saya tahu saya bukan seorang anak baik, banyak mengecewakan mereka (ibu bapa).
“Dalam jutaan orang yang saya patahkan hati dan sepanjang saya menjadi seniman, saya banyak tersalah cakap dengan peminat, wartawan dan bekas teman wanita, tetapi saya rasa paling dahsyat dosa saya patahkan hati orang tua saya.
“Jadi, tolong maafkan dosa saya sebagai manusia yang cuba bertahan di dunia yang penuh kejam ini. Sekali lagi berikan tepukan kepada ibu bapa saya, Dayang Suraya dan Salleh Ibrahim,” katanya sambil menujukan ucapan kepada ibu bapanya.
Dalam masa sama, Noh turut meluahkan penghargaan kepada penganjur, ANS Diversified Sdn Bhd apabila berjaya menyatukan menampilkan enam artis tempatan popular satu pentas termasuk Ernie Zakri, Nastia, Insomniacks, Aisha Retno dan Naim Daniel.
“Saya berterima kasih kepada penganjur, sebab mengendalikan ‘show’ yang dijayakan oleh artis besar seperti Ernie, Aisha dan saya sendiri, bukan senang.
“Memang nak menjual tiket memerlukan usaha sangat tak masuk akal. Bila lihat kehadiran anda semua buat saya terfikir penganjur ini hebat.
“Hari ini Rabu (semalam), bukan hujung minggu, jadi ini menunjukkan bahawa industri muzik Malaysia sihat dan artis Malaysia sudah tahap Blackpink,” katanya.
Menerusi konsert itu, Noh menyampaikan lagu Angin Kencang, Sang Penikam, Bila Aku Sudah Tiada, Kotak Hati dan Aku Skandal. BH
Dosa Noh Salleh yang paling dahsyat
Baca Artikel Menarik:
- Datuk Roy akan ditahan semula lepas bebas dengan jaminan SPRM
- Johari tuntut siasatan susulan Wee ‘ditekan’ atas kenyataan di Parlimen
- Laporan polis terhadap Faizal Azumu dibuat
- Menu Rahmah idea tak masuk akal yang meletup
- Zahid boleh diguling melalui undi tak percaya – Noh
- Kamera dashcam rakam kelibat hantu tengah lebuh raya [VIDEO]
- UMNO tak akan menang walau satu kerusi di Kelantan – Fadhli
- Dulu kaki patah sebelah, sekarang patah lagi satu – Zahid
- Bersatu buat laporan polis terhadap PM, TPM
- Pekerja bunuh majikan guna gergaji rantai
- All England, juara dunia bungkus awal
- Deepak guna nama PMO ugut ahli parlimen
- SPRM tahan empat individu seleweng sukuk lebih setengah billion ringgit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET