Shuhada melampau, tabur fitnah – Hafidz

Shuhada melampau, tabur fitnah – Hafidz

Pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi yang selama ini memilih untuk berdiam diri akhirnya tampil dengan kenyataan di Instagram, hari ini yang menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri yang didakwa memuat naik hantaran berunsur fitnah pada 5 Mac lalu di Instagram.

Hafidz dalam kenyataannya itu mendakwa Nurul Shuhada mencanang fitnah dan kenyataan palsu mengenai keluarganya.

Haifdz turut menyifatkan tindakan Nurul Shuhada itu melampau dan dia tidak boleh berdiam diri lagi.

“Penerbitan status Instagram awak bertarikh 5 Mac lalu mengaitkan dan mengaibkan seluruh keluarga saya. Antara butirannya, status Instagram awak menyebut adik saya bersubahat dan seluruh keluarga saya bersifat toksik. lanya jelas dan nyata, satu fitnah.

“Rentetan status Instagram awak itu, maka ada pihak lain yang menggunakan gambar saya, awak dan seisi keluarga saya merujuk kepada topik atau kandungan terbabit. Kini, keselamatan dan kesejahteraan serta ketenteraman seluruh keluarga saya terjejas atas tindakan awak,” tulisnya.

Hafidz turut mendakwa segala cerita yang didedahkan isterinya itu ada di antaranya satu ‘penipuan’.

Katanya, dia hanya berdiam diri walaupun pelbagai fitnah dilemparkan Nurul Shuhada terhadapnya.

“Saya tahu segala apa yang awak canangkan, tidaklah semuanya benar maka saya terpaksa menulis di sini, kerana awak sendiri yang telah menutup segala jalan untuk perdamaian dan menyelesaikan secara kekeluargaan.

“Shu, saya jaga erat segala aib, kelemahan dan kekurangan awak sebagai isteri selama ini. Kita tidak sempurna. Saya hadap segala caci dan maki atas kelemahan dan kesilapan diri saya sendiri.

“Sebagai insan yang lemah, kita berdua tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Agak malang, ianya menjadi di luar kawalan,” tulisnya dan Hafidz masih percaya ruang perdamaian di antara mereka masih terbuka.

Sementara itu, Hafidz juga berharap semua pihak lebih berhati-hati untuk tidak memberi sebarang komen apabila tidak tahu kebenaran berkaitan isu rumah tangga mereka.

“Kini, isu dan kes rumah tangga kita dalam siasatan pihak polis dan akan diadili di mahkamah tidak lama lagi,” tulisnya.

Hafidz turut meminta Nurul Shuhada dan mana-mana pihak yang memuat naik kenyataan berkenaan serta foto keluarganya untuk memadamkannya dalam tempoh 48 jam selain menuntut isterinya itu membuat permohonan maaf secara terbuka.

Katanya, dia terpaksa mengambil tindakan berlandaskan undang-undang terhadap mereka yang menyentuh maruah dan privasi keluarganya.

Dalam masa sama, sebagai bapa kepada dua cahaya mata, dia juga ingin menjaga keselamatan dan kesejahteraan anaknya itu serta akan terus memberikan nafkah yang halal buat mereka.

“Saya juga ingin terus mencari nafkah yang halal untuk tidak mengabaikan tanggungjawab saya terhadap mereka.

Saya memohon jasa baik mana-mana pihak untuk menghormati urusan dan keputusan saya demi kesejahteraan dan keselamatan keluarga masing-masing,” katanya.

Isnin ini. Hafidz yang dipercayai menumbuk Nurul Shuhada di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh akan didakwa di Mahkamah Kuala Kubu Baharu, Selangor.

Sebelum itu, kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai apabila Nurul Shuhada mendedahkan suaminya ada hubungan dengan wanita bernama Athira Yuhada.

Athira juga mendedahkan pernah berhubungan dengan pelakon terbabit, namun berjanji untuk tidak meneruskan hubungan mereka selain memohon maaf kepada Nurul Shuhada dan anak-anaknya.

Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6 dan Umar, 2. HM

Shuhada melampau, tabur fitnah – Hafidz

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker